Friday, June 5, 2009

Logo IPGM-Kampus Perempuan Melayu, Melaka






" IMAN ILMU INTEGRITI "






Logo IPGM-KPM membawa pengertian berikut :

1. BINTANG BUCU LIMA
Melambangkan Rukun Islam yang lima dan juga Rukun Negara.
2. BULAN SABIT BERWARNA KUNING
Melambangkan kesucian agama Islam.
3. DAUN
Mengambil sempena nama tempat terletaknya institut ini iaitu di Durian Daun
4. NAMA IPPM DALAM TULISAN JAWI NASAKH
Melambangkan Institut mendukung keperibadian Melayu-Islam
5. WARNA KUNING DAN BIRU
Melambangkan warna Institut, yang juga selari dengan pengertian warna-warna pada bendera malaysia disebabkan Institut ini merupakan sebuah institusi di bawah Kerajaan Persekutuan.
6. MOTO IPGM-KPM
" IMAN ILMU INTEGRITI "

SEJARAH RINGKAS IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perempuan Melayu Melaka yang sebelum ini Maktab Perguruan Perempuan Melayu dahulunya dikenali sebagai " Malay Women's Training College (MWTC) ". IPGM-KPM / IPPM / MPPM / MWTC dianggap unik, dalam erti kata institut ini satu-satunya institut latihan keguruan di dunia yang melatih bakal guru-guru perempuan, berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Sejarah institut ini bermula pada tahun 1934 apabila Kerajaan Negeri Selat mencetuskan idea penubuhan MWTC. MWTC direncanakan bagi melahirkan guru-gurun wanita Melayuuntuk mengajar di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara. Pada 31 Januari 1935, penubuhan MWTC disiytiharkan setelah dilakukan pengubahsuaian blok-blok bangunan lama Hospital Melaka.

Terletak di lokasi seluas 38.9 hektar, IPGM-KPM yang berada dalam lingkungan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, kini terus berkembang sejajar dengan perkembangan prasarana yang berlaku di sekelilingnya. Dengan adanya gabungan bangunan lama, yang dinaik taraf dengan bangunan baharu menjadikan IPGM=KPM begitu unik kepada warganya.

PENGETUA & PENGARAH IPGM-KPM 1935 - 2009
Dalam tempoh 75 tahun (1935-2009), IPGM-KPM sudah mendapat khidmat 20 orangt PENGARAH (sebelum 2004 - Pengetua), yang terdiri daripada :

1. Ms N.Purdon ( 1935 - 1938 )
2. Ms M.Lomas (1939-Jan 1942 & Jun 1946-Mac 1947) (Maktab tutup semasa Perang DuniaII)
3. Ms N.Macdonald ( April1947 - Ogos 1954 )
4. Ms E.M.M Payne ( Sept 1954 - Nov 1960 )
5. Ms S. Mututamby ( Dis 1960 - Jun 1961 )
6. Ms P.D Rajaratnam ( Jul 1961 - Apr 1962 )
7. Ms C.White ( Mei 1962 - Jul 1965 )
8. Ms E.M Pareira ( Ogos 1965 - Jun 1972 )
9. Ms Naranjan Kaur ( Jun 1972 - Dis 1977 )
10. Tn. Hj. Nik Hassan Thani b. Wan Omar ( Dis 1977 - Apr 1984 )
11. Cik Putri Kamariah Binti Megat Ramli ( Mei 1984 - Nov 1988 )
12. Cik Hjh Kalthum Binti Mohamed ( Nov 1088 - 1992 )
13. Pn. Hjh Hamidah Binti Baba ( Jul 1992 - Sept 1998 )
14. Tn. Hj. Othman Bin Omar ( Okt 1998 - Mac 1999 )
15. Pn. Hjh Zabedah Binti Mohamed ( Apr 1999 - Okt 1999 )
16. Cik Hjh Zaiton Binti Husin ( Mac 2000 - Nov 2000 )
17. Pn. Hjh Zawiyah Binti Pendek ( Jan 2001 - Feb 2004 )
18. Datin Hjh Rahimah Binti Hj Ghazali, AMN, BCM ( Apr 2004 - Dis 2005 )
19. Puan Soriah Binti Abdullah ( Apr 2006 - Mei 2007 )
20. Puan Hjh Noor Hayatee Binti Md. Noor ( Mulai Mei 2007)

OBJEKTIF & FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL (JAPIM)


OBJEKTIF JAPIM

1. Pada akhir setiap semester 100% pelajar yang mengambil mata pelajaran Pengajian Islam, Pendidikan Islam, Tamadun Islam dan Bahasa Arab lulus dengan unjuran 60% mendapat pangkat cemerlang, 35% pangkat kepujian dan 5% pangkat lulus.

2. Meninggikan syiar Islam dengan menganjurkan pelbagai kursus dan mengimarahkan BISA dengan pelbagai program / aktiviti.

FUNGSI JAPIM

TERAS / HAKIKI
a. Menjalankan P&P secara bersemuka bagi program praperkhidmatan dan bagi kursus dalam perkhidmatan (KDP) sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah interaksi / kredit / semester.
b. Menjalankan P&P secara akses kendiri bagi program praperkhidmatan dan bagi kursus dalam perkhidmatan (KDP) sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah interaksi / kredit / semester.
c. Menjalankan sesi pengajalaran mikro dan makro bagi setiap pelajar sesuai dengan bidang kursus yang dijalankan.
d. Menilai pencapaian P&P melalui kerja kursus, taksiran dan peperiksaan.
e. Menilai keberkesanan penyampaian P&P dari aspek pencapaian kepuasan pelanggan untuk pelajar praperkhidmatan sekurang-kurangnya pada skor min 3.5
f. Membimbing dan menilai prestasi pelajar semasa praktikum.

PROGRAM KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNTUK PENSYARAH
a. Mengadakan sesi perjumpaan profesional sekurang-kurangnya dua kali pada setiap semester.
b. Mengadakan kursus / latihan dalaman yang berkaitan dengan :- (i)- TMK dalam P&P Pengajian Agama Islam, Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ii)- Penyelidikan Tindakan dalam P&P Pengajian Agama Islamdan Bahasa Arab.
c. Mengadakan lawatan penandaarasan (jika perlu) sama ada ke :- (i)- Sekolah atau (ii)- Institut Pendidikan Guru atau (iii)- Institut Pendidikan yang lain.

PROGRAM KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNTUK PELAJAR
a. Jika perlu mengadakan lawatan ke sekolah atau pertandingan ilmu dan kemahiran berkaitan de4ngan P&P atau mengadakan bengkel penyediaan bahan bantuan mengajar atau aktiviti lain yang berkaitan.
b. Pengelolaan kursus peningkatan keilmuan dan kefahaman Islam dalam kalangan pelajar.

PROGRAM PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KAJIAN TINDAKAN
Memupuk budaya mengkaji dan menyelidik dalam kalangan pensyarah dan pelajar khususnya dalam bidang pedagogi pengetahuan agama Islam bagi tujuan penambahbaikan dan menjadi sumber khidmat konsultasi dan rujukan pendidikan.

PENGURUSAN BERKUALITI
a. Mengamalkan pengurusan P&P dan pengurusan jabatan secara bermuafakat dan profesional mengikut standart kualiti yang ditetapkan oleh BGP serta arahan Pekeliling Ikhtisas, PKPA dan Arahan Perbendaharaan.
b. Melaksanakan tugas berpandukan dokumen-dokumen yang ditetapkan dan yang bersesuaian.