Sunday, August 30, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 52

Kami seluruh warga JAPIM, IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka mengucapkan kepada seluruh Rakyat Malaysia pelbagai etnik " SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 52 KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA "
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1430H


Kami warga JAPIM mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam "SELAMAT BERPUASA BULAN RAMADHAN 1430H" yang dijangka awal berpuasa akan jatuh pada hari Sabtu 22.8.2009.

Monday, August 17, 2009

SURAT PANGGILAN INTERAKSI OGOS 2009 UTK KPLI SR LPBS j-QAF AMB JAN 2009


IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
JALAN MAKTAB, 75990 DURIAN DAUN,MELAKA.
TEL:062824827 (PEJ) / 062822300 (JAPIM)



Ruj.Kami : IPPM.144.4/12/1Klt 1 ( )
Tarikh : 17 Ogos 2009

Guru Pelatih,

KPLI SR LPBS j-QAF AMBILAN JAN 2009

Tuan/Puan,

KURSUS DALAM CUTI KPLI SR LPBS j-QAF AMBILAN JAN 2008 & 2009 UNTUK SESI INTERAKSI OGOS 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka akan melaksanakan Kursus Dalam Cuti bagi guru-guru pelatih tersebut pada 24.8.2009 hingga 29.9.2009.

2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki untuk melapor diri seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 23.8.2009 (Ahad)
Masa : 4.00 petang – 6.00 petang
Tempat : Lelaki - Anjung Hikmah & Perempuan – Asrama Blok C

3. Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat tambahan berhubung perkara di atas, sila hubungi En. Mohd Rizuan bin Hj. Abd.Rasip (Tel: 017-6664291).

Kerjasama tuan/puan untuk hal ini, amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah,
t.t.
(NOOR HAYATEE BINTI MD.NOOR)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Perempuan Melayu,
Durian Daun, Melaka.
s.k.
- Fail Timbul
- Guru Besar
- Penyelia Asrama Anjung Hikmah, IPGM-KPM
- Penyelia Asrama Blok C
- Ketua Warden
- Ketua Unit Kediaman, JHEP.
( Surat ini tidak memerlukan tandatangan kerana ia cetakan komputer )

Friday, August 14, 2009

Pantun Perpisahan Khas Buat Guru-Guru Agama Thailand yang akan tamat Program KDP 2M Media Dalam Pendidikan Islam pada 14.8.2009


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.

Tuan Puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di izin Allah bersua lagi.

Monday, August 3, 2009

KPKI - Perkaedahan Al-Quran 4.8.2009 hingga 5.8.2009 ( 2 Hari )

Kursus Pendek kelolaan Institut ( KPKI ) - Perkaedahan Al-Quran untuk 40 orang Guru-guru Pendidikan Islam SR dan SABK akan diadakan pada butiran berikut :

Tarikh : 4.8.2009 - 5.8.2009 ( 2 Hari )
Hari : Selasa & Rabu
Tempat : Dewan Seri Melor, Anjung Hikmah, IPGM-KPM
Masa : 8:30 pagi - 5:00 petang

TENTATIF PROGRAM
4.8.2009 (Selasa)
8:00-8:30 pg - Pendaftaran Peserta
8:30-10:00 pg - Pengenalan Ulumul - Quran (MRA)
10:00-10:30 pagi - REHAT
10:30-12:30 tgh - Betul Tajwid & Bacaan Khusus ( AAH )
2:30-4:30 ptg - Mari Mengenal Sifat & Makhraj Huruf (MNJ)
5.8.2009 (Rabu)
8:00-10:00 pg - Kenapa Berlaku Perbezaan Bacaan ( MHMM )
10:00-10:30 pg - REHAT
10:30-12:30 tgh - Kaedah Iqra' & Asas Tarannum Bayati ( MAS )
2:00-4:00 ptg - Kaedah P&P Yang Berkesan ( MIM )
4:00-5:00 ptg - Penilaian & Penutup

Saturday, August 1, 2009

Majlis Perasmian Program KDP 2 Minggu Multimedia Dalam Pendidikan Islam Bagi Guru-Guru Agama Islam Thailand

Dimaklumkan bahawa majlis perasmian tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 3 Ogos 2009 ( Isnin )
Tempat : Bilik Mesyuarat Anjung Hikmah
Masa : 9.00 Pagi

Aturcara Majlis
8:30 pagi : Taklimat Kursus oleh Ketua Fasilitator
9:30 pagi : Majlis Perasmian
- Bacaan Doa
- Ucapan alu-aluan oleh Penyelaras Program
- Ucapan Pengarah
10:00 pagi : Kudapan
10:30 pagi : Majlis Bersurai
10:30 pagi : Kursus Bermula

Sekian, terima kasih

Ahlan Wa Sahlan Untuk Guru-Guru Agama Islam Thailand

Kami Staf JAPIM mengambil kesempatan dan peluang ini untuk mengalu-alukan ketibaan Guru-Guru Agama Islam Thailand ke IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka yang akan mengikuti " PROGRAM KDP 2MINGGU MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN ISLAM " yang akan bermula pada 3.8.2009 dan berakhir pada 14.8.2009.
Semoga kedatangan tuan-tuan dan puan-puan sekelian dapat mempertautkan lagi ikatan ukhuwwah Islamiah sesama kita.

Sekian dari JAPIM 2009

Tazkirah Pagi Jumaat IPGM-KPM 31.7.2009 jam 7.30-8:00 pagi di Dewan Seri Melor, Anjung Hikmah.

Tazkirah pagi jumaat disampaikan oleh Ustaz Mat Nawi Bin Mat Jusoh ( KJ JAPIM ) bertajuk : " Penyakit & Pengobatan mengikut Petunjuk Islam " berdasarkan petikan dari kitab " At-Tibb An-Nabawi - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah " dan " Al-Qanun Fi At-Tibb - Ibnu Sina ".

Kursus Penghayatan Islam ditangguhkan

Dimaklumkan bahawa Kursus Penghayatan Islam yang sepatutnya diadakan pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2009 telah ditangguhkan ke satu masa yang lain.

Segala kesulitan amat dikesali.
Sekian dimaklumkan.

SU JAPIM