Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR BATIN

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Kami STAF JAPIM mengucapkan SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI ( 1 Syawwal 1430H ) yang jatuh pada hari Ahad 20.9.2009 dan juga kami mohon MAAF ZAHIR BATIN

Thursday, September 10, 2009

Tazkirah Pagi Jumaat IPGMKPM 21 Ramadhan 1430H / 11.9.2009M

Tazkirah pagi Jumaat 11.9.2009 akan diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 1, Anjung Hikmah pada jam 7:30-8:00 pagi. Penyampai Tazkirah ialah Ustaz Mat Nawi Bin Mat Jusoh bertajuk " NUZUL QURAN "

Gambar Terbaru Staf JAPIM 2009



Gambar Staf JAPIM yang terkini di ambil pada 17 Ramadhan 1430H bersamaan 7.9.2009 (Isnin) jam 3.00 petang di Anjung Hikmah. Dari kanan Ustaz Mohd Ariffin Bin Salleh (MAS), Ustaz Mohd Rizuan Hj Abd Rasip (MRA), Ustaz Mat Nawi Bin Mat Jusoh (MNJ - Ketua Jabatan) , Ustazah Maimun Binti Aziz (MA), Ustazah Fatimah Binti Maaroff (FM) & Ustazah Sapiyah Binti Md Rangga (SR). Tiada dalam gambar ialah Ustaz Wan Azman Bin Wan Mahamod (WA).

Thursday, September 3, 2009

Klip Video Alunan Juara Nashid ..... IPTHO ( Maaf , kualiti audio tidak memuaskan)

Pasukan Nasyid IPGM-KPM (Nurul Iman) meraih Naib Johan Pertandingan Nasyid IPGM Zon Selatan ....



Pertandingan Nashid peringkat IPGM Zon Selatan yang diadakan di Dewan Seri Kandi, IPGM kampus Perempuan Melayu Melaka pada hari ini 3.9.2009 (Khamis) telah membawa tuah kepada pasukan nashid dari IPGM Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor apabila dinobatkan sebagai JUARA pertandingan dengan mendapat cabaran sengit dari Pasukan Tuan Rumah sebagai NAIB JUARA. Tempat ketiga ialah IPGM Kampus Temenggung Ibrahim, Johor manakala tempat ke-empat dimenangi oleh IPGM Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Pengarah IPGM-KPM Puan Hjh Noor Hayatee Binti Md Noor.

Gambar Pertandingan Nasyid Peringkat IPGM Zon Selatan pada 3.9.2009 di Dewan Seri Kandi, IPGM-KPM