Saturday, September 11, 2010

SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR BATIN 1431H / 2010M

Anak kucing curi ketupat,
Kena kejar terlompat-lompat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Hanya Blog JAPIM laa yang paling cepat.

Pergi mengail di tepi paya,
Dapat seekor ikan patin,
Kami ucapkan SELAMAT HARIRAYA,
Mohon maaf zahir batin.

Dari Staf JAPIM 2010.

Monday, September 6, 2010

Penggunaan Laman Interanet Sistem Maklumat Pelajar IPG KPM bagi Pengurusan Program PGSR

Kepada pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar yang terlibat dengan program Pensiswazahan Guru sekolah Rendah (PGSR) anda boleh melayari URL berikut :
Laman intranet ini akan menjadi platform interaksi antara IPG KPM (Induk) dengan IPG Kampus dimana dari URL ini :
(1)- Dipaparkan pengumuman & maklumat berkaitan PGSR
(2)- Modul PGSR boleh dimuat turun.
(3)- Kemaskini pengurusan PGSR akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Sekian dari :
PENYELARAS KDC IPG Kampus PM
Ruj : KP(IPG)8282/600/2/4/1(12) 30.8.2010

Selamat Datang kepada Pelajar-Pelajar Kursus Dalam Cuti (KDC) Bagi Sesi Interaksi 4-8 Sept 2010

Interaksi KDC bagi sesi September 2010 akan bermula pada 4.9.2010 (Sabtu) dan akan tamat pada 8.9.2010 (Rabu). Pendaftaran asrama ialah pada 3.9.2010 (Jumaat) jam 3.00pm - 5.00pm di Anjung Hikmah (Lelaki) dan di asrama blok C (Perempuan).
Unit-unit KDC yang terlibat ialah :
(1)- KDPM JAIJ Pengajian Melayu Amb Mei 2007 (PM1/PM2)
(2)- KDPM SABK Amb Nov 2007 (PA1/PA2)
(3)- KDPM Kemas Amb Mei-Jun 2008 (Kemas1)
(4)- PGSR Amb Nov 2008 (PK/PL/BM/SN/PSV)
(5)- KDPM Kemas Amb Mei-Jun 2009 (Kemas1)
(6)- KPLI SR Pend Khas Amb Nov 2009 (PK1/PK2/PK3)
(7)- PGSR Amb Nov 2009 (KS)

SELAMAT MENJALANI KURSUS...

Cuti Pertengahan Penggal ke 2 bermula ( 4.9.2010 - 12.9.2010 ) - SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti pertengahan penggal ke 2 bermula 4.9.2010 hingga 12.9.2010. Dalam tempoh tersebut dijangka Hariraya Aidilfitri akan jatuh pada 10.9.2010 (Jumaat). Cuti akan diteruskan sehingga 16.9.2010 (Hari 1Malaysia).  17.9.2010 (Jumaat) hari bekerja semula dan satu taklimat peperiksaan PTK DG48 akan diadakan di Dewan Tun Fatimah (DTF) IPG Kampus PM disampaikan oleh Yang Berbahagia Tn Hj Ghani Bin Taib.