Wednesday, January 26, 2011

Kertas Projek Utk Pelajar KDPM KDC SABK Amb Nov 2007

Kepada semua pelajar KDPM KDC SABK Ambilan Nov 2007, anda boleh memuat turun tugasan tersebut dengan mengklik tajuk di atas. Sebarang masalah bolehlah maklumkan kepada kami melalui ShoutMix di sebelah sisi kiri blog ini.
Sekian dimaklumkan.
USTAZAH SOFIAH BINTI MOHAMED
JAPIM 2011

Monday, January 24, 2011

Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI SR Mod Sepenuh Masa & KPLI SR j-QAF Mod LPBS Amb Jan 2011 pada 24.1.2011 (Isnin) di Dewan Srikandi

Selamat datang kepada semua pelajar-pelajar baharu KPLI SR Sepenuh Masa sebanyak 3 unit iaitu
(1)- PRA Sekolah
(2)- Bahasa Inggeris 1
(3)- Bahasa Inggeris 2

Dan juga KPLI SR j-QAF mod LPBS sebanyak 4 unit iaitu :
(1)- Pendidikan Islam
(2)- Bahasa Arab
(3)- Pendidikan Islam Pendidikan Khas 1
(4)- Pendidikan Islam Pendidikan Khas 2

Daripada : JAPIM 2011

Selamat datang Kepada Staf JAPIM yang baharu Ustazah Farihah Binti Hussain

JAPIM mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Ahlan Wa Sahlan kepada Ustazah Fariha Binti Hussain yang memulakan khidmat di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka pada 10.1.2011. Graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang bahasa Arab dan mempunyai pengalaman yang lama mengajar di sekolah. Sekolah terakhir beliau ialah SMK Tanjung Pauh, Jitra, Kedah. Semoga dengan kehadiran beliau ke IPG ini dapat memperkukuhkan lagi institusi dan JAPIM khususnya.

Daripada : JAPIM 2011

Wednesday, January 19, 2011

Mesyuarat MPPP Bil 01/2011 di Bilik Mesy Aras 1, Anj Hikmah pd 18.1.2011 (Selasa) jam 8:30pg

1- Masih dikekalkan perbelanjaan berhemah (jln aktiviti wajib sahaja / jimat utiliti..)
2- Buat In house trainning berkaitan dgn LINUS & KSSR
3- Guna letterhead IPGK-PM yg baharu.
4- Semua mesti menyokong langkah penguatkuasaan keselamatan lalulintas di IPG kita.
5- Pra Audit dalaman ditangguhkan dari 25-28.1.2011 ke tarikh 22-25.2.2011
6- Serah tugas penyelaras KDC lama kpd baharu (JAPIM kpd JPK) pd 21.1.2011
7- Pensyarah yg tiada ijazah Sarjana (Masters) tidak boleh mengajar Unit PISMP.
8. Semua Jabatan hendaklah menyediakan Fail Aktiviti.
9. Semua penyelaras2 PGSR hendaklah bersedia untuk di audit.
10- Waktu Maghrib Isyak ditak dibenarkan membuat kelas ganti. Pelajar semua di BISA.
11. Kelas ganti boleh di buat selepas Isyak jam 9:00 malam.
12. Perhimpunan Bulanan Rasmi akan diadakan pd 28.1.2011 (Jumaat)
13- KJ mesti hadir Majlis Dialog Ibubapa hari pendftran Student KPLI&j-QAF 24.1.11(Isn) 11.00pg
14. Mustasyfaa BADAR telah dikuatkuasakan & bersedia menerima pesakit.

Monday, January 17, 2011

Cuti IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Tahun 2011

Tuan / Puan,
Merujuk kepada arahan terbaru IPG Induk bertarikh 6 januari 2011 dengan rujukan KP(IPG)8585/100/1/1(1) menetapkan IPG Kampus tidak lagi diberi peruntukan Cuti Peristiwa dan Cuti Ganti. Sehubungan dengan itu, cuti IPG Kampus akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

29/1/2011 - 6/2/2011 Cuti Pertengahan Semester. tahun baru Cina 3-4/2/2011
12/3/2011 - 20/3/2011 Cuti Pertengahan Semester
28/5/2011 - 19/6/2011 Cuti Semester
27/8/2011 - 4/9/2011 Cuti Pertenagan Semester
22/10/2011 - 30/10/2011 Cuti Peretangahan Semester
19/11/2011 - 3/1/2011 Cuti Semester

Catatan :
Dipetik dari MEMO KJ HEP bertarikh : 10 Januari 2011

Thursday, January 13, 2011

Siapa punya kereta pulak ni? Ia telah dirantai oleh Petugas JK Keselamatan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka jam 1.00 tengahari tadi !!!!

Notis Tazkirah Pagi Jumaat Bil 02/2011

Tazkirah pagi Jumaat untuk Staf IPGK-PM akan berjalan seperti biasa pada butiran berikut :

Tarikh : 14.1.2011 / 9 Safar 1432H
Hari    :  Jumaat
Masa  :  7:30 - 8:00 pagi
Tempat :  Dewan Seri Melor
Penyampai :  Ustaz Mohd Ariffin Bin Salleh (Pensyarah JAPIM)
Tajuk :  7 Golongan Dibawah naungan 'Arasy

Tuan/Puan dijemput hadir.
JAPIM 2011

Tuesday, January 11, 2011

Bahan Tazkirah Kuliah Maghrib di BISA oleh Ustaz Mohd Ariffin Bin Salleh pd 10.1.2011 (Isnin)

Perhatian kepada semua students Teachers IPGK-PM,
Anda boleh memuat turun bahan tazkirah tersebut melalui link berikut :
http://www.4shared.com/file/OF3lcdSP/tajwid_nun_sakinah.html

Sekian dimaklumkan.
JAPIM 2011

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN BAHARU 2011

JAPIM IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka mengucapkan kepada anda sekelian "SELAMAT TAHUN BAHARU 2011" dengan keazaman untuk meneruskan perjuangan di medan pendidikan yang tidak pernah kenal erti lemah dan jemu.

JAPIM TAHUN 2011