Monday, February 28, 2011

Perhatian kpd Semua Pelajar KDC : Sesi Penggambaran utk Majalah BINGKISAN pada 16.3.2011 (Rabu) & Sumbangan Karya Utk Majalah tersebut


Perhatian kepada semua Ketua Unit & Pelajar KDC (Kursus dalam Cuti)


(1)- KDPM SABK Amb Nov 2007 (PA1/PA2)
(2)- KDPM Kemas Amb Mei-Jun 2008 (Kemas1)
(3)- PGSR Amb Nov 2008 (PK/PL/BM/SN/PSV)
(4)- KDPM Kemas Amb Mei-Jun 2009 (Kemas1)
(5)- KPLI SR Pend Khas Amb Nov 2009 (PK1/PK2/PK3)
(6)- PGSR Amb Nov 2009 (KS)
(7)- KPLI SR j-QAF Amb Jan 2011 (PI/BA/PI-PK)

(1)- SESI PENGGAMBARAN MAJALAH BINGKISAN
Sesi penggambaran pelajar bersama mentor akan diadakan pada 16.3.2011 (Rabu) jam 9:00 pagi - 1:00 tgh di hadapan pintu masuk Anjung Hikmah. Anda dikehendaki memakai pakaian unit (jika ada) / pakaian rasmi. Anda juga dikehendaki membayar RM20.00 untuk bayaran harga majalah BINGKISAN tersebut.
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan NIK MARDHIAH BTE NIK ABD GHAFAR Tel : 0148220062
(2)- SUMBANGAN KARYA 
Anda juga dialu-alukan untuk menyumbang apa-apa karya yang sesuai Majalah BINGKISAN tersebut. Sumbangan karya tersebut boleh dibuat dengan mengirim email kpd : norainimdyunos@yahoo.com 

Sunday, February 20, 2011

Audit Dalaman 2/2010

1- Audit Dalaman 2/2010 akan berlangsung pada 24,25-28 Februari dan 1 Mac 2011 (Khamis-Jumaat dan Isnin-Selasa)
2- Skop audit bermula dari 1 Julai 2010 hingga 31 Dis 2010. Manakala skop SPK meliputi Latihan Pra Perkhidmatan KPLI, PISMP dan kursus persediaan.
3- Untuk persediaan menghadapi audit tersebut, semua pemegang, penggerak Dokumen MS ISO dan semua staff IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dikehendaki membuat persediaan dan berada di dalam kampus sepanjang tempoh proses pengauditan dilaksanakan.

Friday, February 18, 2011

Garis Panduan Minggu Orientasi Sekolah (MOS) untuk KPLI SR j-QAF Mode LPBS - Klik tajuk ini untuk download.

Kepada semua guru pelatih KPLI j-QAF Amb Jan 2011,
Anda boleh memuat turun bahan MOS dengan mengklik pada tajuk di atas. Segala kesulitan boleh dirujuk kepada penyelaras KPLI j-QAF ( Us Wan Azman Bin Wan Mahamud ).
Sekian, Wassalam.

JAPIM 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka pada pagi ini 18.2.2011 (Jumaat) berjalan lancar

Sambutan Maulidur Rasul peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka pada hari ini telah dijalankan dalam suasana yang sangat ceria dan meriah. Perarakan pelajar dan para pensyarah mengiringi Puan Pengarah & Timbalan telah bermula seawal jam 7:30 pagi dengan setiap unit mempamerkan sepanduk-sepanduk dan berselawat memuju-muji Rasulullah S.A.W. Majlis di Dewan Serikandi bermula dengan bacaan berzanji oleh Nurul Syamim pelajar guru dari PISMP Pend Islam Sem 1 diikuti dengan ceramah oleh Al-Fadhil Ustaz Syairozi Bin Hashim, pensyarah dari IPG Kampus Raja Melewar. Majlis diakhiri dengan Yang Berbahgia Pengarah IPGK-PM Pn Hjh Noor Hayatee Bte Md Noor telah sudi menyampaikan hadiah kepada 5 unit yang mengungguli perbarisan dan sepanduk terbaik. JAPIM mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini khususnya pihak pentadbir, Penyelaras Program Pn Maimun Bte Aziz & En Wan Azman Wan Mahamud dan AJK Program sambutan Maulidur Rasul 1432H. Adapun gambar-gambar berkaitan, nanti kami akan perolehi dari JK Dokumentasi untuk diuploadkan beberapa gambar terbaik.
Sekian, Wassalam.

JAPIM 2011

Tuesday, February 15, 2011

Saksikan Perararakan Maulidur Rasul IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka 1432H Dari Stadium Hang Tuah ke Masjid Al-Azim pada 15.2.2011 (Selasa) jam 7:30pg - 11:30pg

Sambungan Taklimat KPLI SR j-QAF Mod LPBS Amb Jan 2011 & Majlis Penutup pada 16 - 17 Feb 2011 (Rabu - Kha) Sebelum ditempatkan ke sekolah.

Kepada semua guru pelatih KPLI SR j-QAF Amb Jan 2011 anda diminta untuk hadir ke IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka untuk meneruskan Taklimat berkaitan dengan kurikulum j-QAF ( PI / BA & PI-PK ) & Majlis Penutupan di Dewan Tun Fatimah (DTF) . Sekian dimaklumkan.

JAPIM 2011

Thursday, February 3, 2011

Jadual Program Majlis Taklimat Minggu Pengurusan Pelajar Baharu KPLI SR j-QAF Ambilan Jan 2011 pada 7 - 11 Febuari 2011 (Isnin - Jumaat)

Kepada semua pelajar guru baharu KPLI SR j-QAF ( PI / BA & PI-PK )

Anda dikehendaki hadir ke IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka pada 7 hingga 11 Febuari 2011 bagi mengikuti Majlis Taklimat berkaitan dengan kurikulum KPLI SR j-QAF. Anda boleh mendownload jadual tentatif program tersebut dengan mengklik tajuk di atas.

Sekian dimaklumkan.
JAPIM 2011.