Monday, November 28, 2011

Berita Dunia : Parti Islam Memenangi Pilihanraya Parlimen Morocco Buat Pertama Kalinya Dlm Sejarah

Parti Islam Maghribi iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan  / حِزْبُ الْعَدَالَةِ وَالتَّنْمِيَّةِ الْمَغْرِبِيّ mengatakan pihaknya telah memenangi jumlah terbesar kerusi dalam pemilihan parlimen Morocco pada hari Jumaat lalu (25/11/2011). "Berdasarkan laporan yang disampaikan oleh perwakilan kami di seluruh negeri, kami adalah pemenang. Kami memenangi pilihan raya di Rabat, Casablanca, Tangier, Kenitra, Dijual, Beni dan Sidi Ifni Mellal dan beberapa tempat lainnya," Lahcen Daodi, orang kedua dalam jajaran tokoh utama parti Islamik moderat Morocco mengatakan kepada Reuters. "Parti kami telah memenangi jumlah kerusi tertinggi," tambahnya. عبد الاله بنكيران (gambar dlm video yg ditemuramah wartawan) dijangka akan dilantik untuk mengetuai kerajaan baru. Ini adalah parti Islam kedua memenangi pilihanraya di Negara-negara Afrika Utara yang dilanda kebangkitan. Sebelum ini parti Islam An-Nahdah memenangi pilihanraya Tunisia di bawah pimpinan Al-Ghannusyi. Maklumat lanjut sila layari hespress.com.


Wednesday, November 16, 2011

Bahan Tazkirah bertajuk " SIAPA YAHUDI " oleh En. Bkhtiar Hj Abd Wahab dari Jabatan Sains IPGK-PM

Klik pada tajuk posting di atas untuk download bahan tazkirah bertajuk " SIAPA YAHUDI " yang telah disampaikan oleh En Bkhtiar Bin Hj Abd Wahab pada tarikh 11.11.11 hari Jumaat jam 7:30pg - 8:00am di Dewan Seri Melor, Anjung Hikmah, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Semoga bahan tazkirah tersebut memberi manfaat kepada semua. JAPIM mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ilmu tersebut.
JAPIM 2011.

Saturday, November 12, 2011

Interaksi KDC Nov Dis 2011 akan bermula pada 21.11.2011 (Isnin)

Tempoh Interaksi adalah seperti berikut :
(1)- KEMAS Amb Mei 2008  ( 21.11.2011 hingga 23.12.2011 termasuk Pep Peringkat 5 )
(2)- KEMAS Amb Mei 2009  ( 21.11.2011 hingga 10.12.2011 termasuk Pep Peringkat 3 )
(3)- KPLI j-QAF Amb Jan 2011 ( 21.11.2011 hingga 13.12.2011 )
(4)- KPLI PK Amb Nov 2010 ( 21.11.2011 hingga 1.12.2011 )
(5)- PGSR Amb 2008 & 2009 (21.11.2011 -    )
J/Waktu akan dikeluarkan tidak lama lagi. Layari Portal IPPM atau Blog JAPIM.
Sekian dimaklumkan.
JAPIM 2011

Tuesday, November 8, 2011

Gambar-gambar disekitar Program Qurban Perdana Peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka pada 8.11.2011 (Selasa) di balai Islam Saidatina Aisyah








Program Qurban Perdana Peringkat IPGK-PM diadakan pada 8.11.2011 (Selasa) / 12 Dzulhijjah 1432H di Balai Islam Saidatina Aisyah (BISA)



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seluruh Warga IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka,
Program Qurban tersebut anjuran BADAR IPGK-PM diadakan pada hari Selasa 12 Dzulhijjah 1432H bersamaan 8.11.2011 bermula jam 8:00 pagi di BISA. Sebanyak 2 ekor lembu dan seekor kerbau akan disembelih kerana qurban untuk beribadah kepada Allah dan sebagai menghidupkan syariat nabi Ibrahim A.S. dan kemudian pensyariatan qurban ini diteruskan kepada nabi Muhammad S.A.W. Semoga Qurban kita diterima oleh Allah Taala.
Tuan-tuan & Puan-puan dijemput hadir.

Sunday, November 6, 2011

SELAMAT HARIRAYA AIDIL ADHA 1432H

JAPIM mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat dimana jua mereka berada " SELAMAT HARIRAYA AIDIL ADHA " tanggal 10 Dzulhijjah 1432H bersamaan 6.11.2011 (Ahad). Semoga Eidul Adha dapat menyemarakkan lagi semangat untuk terus berjuang dan berkorban untuk Islam lebih-lebih lagi apabila Islam dan Umat Islam tidak henti-henti dicabar pada hari ini di atas nama perjuangan hak asasi manusia tetapi sebenarnya satu usaha terancang untuk menghancurkan umat Islam. Banyak contoh-contohnya.

Thursday, November 3, 2011

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Utk Al-Marhumah Pn Noryani Ahmad pada 4.11.2011(Jum) jam 7:30 pagi di Dewan Seri Melor, IPGK-PM - Tazkirah Ditangguhkan Ke Minggu Hadapan

Kepada semua Staf IPGK-PM (Pensyarah & Bukan Pensyarah)
Tuan-tuan/Puan-puan dijemput untuk menghadiri majlis yang tersebut di atas. Kehadiran tuan/puan akan menambahkan lagi ikatan ukhuwah Islamiah diantara kita dan semoga Ruh Al-Marhumah sentiasa dicucuri rahmat Ilahi.
JAPIM 2011