Saturday, January 21, 2012

Selamat Bercuti Pertengahan Semester 1 (1M 21-29 Jan 2012) Kepada Warga IPGK-PM (Pensyarah & Pelajar Guru )

JAPIM mengucapkan Selamat Bercuti. Nice Holiday dan Gong Xi Fa Cai kepada Masyarakat Tionghua JAPIM2012.

Thursday, January 19, 2012

Perhatian Penting Kepada Guru Pembimbing & Pelajar KPLI j-QAF Amb Jan 2011 Berkaitan Praktikum

Praktikum KPLI SR j-QAF Amb Jan 2011 bermula pada 29/30 Jan 2012 dan Tamat 26/27 April 2012.
(1)- Bagi Unit B.Arab : Major (B.Arab) & Minor (Al-Quran)
(2)- Bagi Unit Pengajian Islam : Major (Al-Quran) & Minor (Jawi)
(3)- Bagi Unit PIPK : Satu ketetapan telah dibuat oleh JAPIM bahawa mata pelajaran yang diselia bagi KPLI j-QAF (PIPK) ialah seperti berikut : (1)- Major - Al-Quran  (2)- Minor - Amali Solat
(4)- Format RPH bagi tahun 1 & 2 hendaklah  berpandukan dokumen KSSR
(5)- Bagi Unit KPLI j-QAF B.Arab, anda dikehendaki menulis jurnal mingguan sebanyak 12 minggu dan 3 di antara jurnal tersebut hendaklah ditulis di dalam bahasa Arab ( pilih mana-mana minggu ).
Penyeliaan Praktikum
(1)- Penyeliaan Guru Pembimbing : Major 4X Minor 3X = 7X
(2)- Penyeliaan Pensyarah Pembimbing : Major 3X Minor 2X = 5X
(3)- Penyeliaan Bersama Pensyarah & Guru Pembimbing 2X (Major 1X Minor 1X)
Sekiranya ada apa-apa masalah berbangkit, sila hubungi JAPIM ( Pensyarah Pembimbing).
Sekian, dimaklumkan.
JAPIM 2012

Bahan Taklimat Guru Pembimbing Praktikum KPLI SR j-QAF Amb Jan 2011

Klik Di Sini Untuk Download

Wednesday, January 18, 2012

Bahan Induksi Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI)

Klik Di sini Untuk Download

Tazkirah Jumaat Bil 02/2012 pada 20.1.2012 (Jumaat) Dewan Seri Melor, IPGK-PM jam 7:30-8:00 pagi

Tuan/Puan,
Tazkirah Jumaat Bil 02/2012 akan diadakan pada butiran seperti berikut :
Tarikh :  20 Jan 2012 (Jumaat)
Masa  :  7:30 - 8:00 pagi
Tempat :  Dewan Seri Melor
Tajuk  :   Isu-Isu semasa.
Penyampai :  Dr. Murad Bin Salleh
Tuan / Puan seluruh staf IPG kampus Perempuan Melayu Melaka dijemput hadir menjayakan Tazkirah tersebut.
JAPIM2012

Monday, January 16, 2012

Terkini Muktamad : Senarai Penempatan Praktikum KPLI j-QAF Ambilan Jan 2011 & Nama Pensyarah Pembimbing

Kepada Guru Pelatih KPLI j-QAF Amb Jan 2011 Yang Akan Memulakan Praktikum pada 29/30.1.2012,
Berikut adalah senarai penempatan praktikum dan nama pensyarah pembimbing yang telah dimuktamadkan. Sila download dari blog ini melalui posting ini atau di sisi kiri blog. Sekian, dimaklumkan.

Thursday, January 12, 2012

Jadual Waktu Induk Terkini Kuatkuasa 16.01.2012

Informasi Terkini,
Sila semak jadual waktu induk terkini yang akan mula berkuatkuasa pada hari Isnin depan 16.01.2012. 

Sunday, January 8, 2012

Ucapan Takziah Kepada Tn.Hj. Zakaria Hj Amin

Kami warga JAPIM IPG kampus Perempuan Melayu Melaka mengucapkan takziah buat Tuan Haji Zakaria Bin Hj Amin Jabatan Pengajian Melayu di atas kepulangan ayahanda yang tercinta kepangkuan Ilahi  pada subuh hari Ahad 8.1.2012. Jenazahnya akan dikebumikan selepas Asar di Masjid Tanah. Semoaga ruhnya sentiasa dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah.

Wednesday, January 4, 2012

Tazkirah Jumaat IPGK-PM Bil 01/2012

Dimaklumkan bahawa Tazkirah Jumaat IPGK-PM Bil 01/2012 akan mula diadakan pada 6.1.2012 Jumaat ini jam 7:30-8:00 pagi di Dewan Seri Melur, Anjung Hikmah, IPGK-PM. Penyampai Tazkirah ialah Ustazah Zabedah Binti Ab Razak bertajuk " EMPAT SOALAN YANG MESTI DIJAWAB" . Tuan/Puan dijemput hadir.
Makluman:
Tazkirah pada tahun ini akan mngkuliahkan kitab " 40 hadis Penawar Hati " Susunan : Sheikh Abu Ali Al banjari An Nadwi. Kitab ini mudah didapati dipasaran. JAPIM2012.

Tahniah berganda Untuk Pn Maimun Binti Aziz

Kami staf JAPIM 2012 mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas di atas perlantikan Puan sebagai Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka yang baharu. Semoga Puan diberi kekuatan oleh Allah Taala dalam menjalankan tugas yang penuh mencabar. Kami juga mengucapkan tahniah di atas berita baik yang masih belum disahkan. Insya Allah, Kami JAPIM mendoakan yang terbaik.

Hari ini 4.1.2012 Sesi Pengajian Jan - Mei 2012 bermula ... Selamat Kembali ke IPG kampus Perempuan Melayu, Melaka

Selamat kembali ke IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai dalam sebuah perjalanan yang masih panjang. JAPIM2012