Thursday, May 6, 2010
Wednesday, May 5, 2010
Tuesday, May 4, 2010
Wednesday, April 21, 2010
Pertandingan INOVASI IPGKPM 2010 - JAPIM meraih pingat perak
Jabatan Teknologi Pendidikan menjuarai pertandingan INOVASI tersebut yang telah diadakan pada 8.4.2010 yang lalu di Dewan Srikandi, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Pertandingan tersebut telah menyaksikan persaingan yang sengit di antara Jabatan-Jabatan dengan mempertaruhkan inovasi masing-masing.
Thursday, April 1, 2010
KKP B.Arab Minor (Nahu) bagi PPISMP (PA) Amb Jul 2009
Sila download salinan KKP tersebut pada link berikut :
http://www.mediafire.com/file/o3zcwnjzknm/KKP%20PPISMPPA%20Nahu%20Jan%20Mac%202010%20utk%20blog.doc
USTAZ MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP
JAPIM 2010
http://www.mediafire.com/file/o3zcwnjzknm/KKP%20PPISMPPA%20Nahu%20Jan%20Mac%202010%20utk%20blog.doc
USTAZ MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP
JAPIM 2010
Wednesday, March 31, 2010
Surat Panggilan Interaksi KDC Mac 2010 utk KDPM SABK Amb Nov 2007
Sila download surat tersebut di bawah ini :
http://www.mediafire.com/file/hrzmo5hyzol/Surat Panggilan Mesy KDC Mac 2010.doc
Ustaz Mohd Rizuan Hj Abd Rasip
Penyelaras KDPM SABK Nov 2007
http://www.mediafire.com/file/hrzmo5hyzol/Surat Panggilan Mesy KDC Mac 2010.doc
Ustaz Mohd Rizuan Hj Abd Rasip
Penyelaras KDPM SABK Nov 2007
Saturday, March 27, 2010
Selamat Datang kepada Ustaz Mohd Bakri Bin Abd Aziz - Pensyarah Baru JAPIM
Selamat datang kepada Al-Ustaz Mohd Bakri Bin Abd Aziz yang telah melaporkan diri di Institut ini sebagai Pensyarah JAPIM pada 24.3.2010 selang beberapa hari kehadiran Ustaz Mohd Nasri Abdullah. Beliau seorang yang pakar dalam bidang bahasa Arab berkelulusan dari Universiti Jordan. Sebelum ini beliau berkhidmat di IPG KENT, Sabah dan melanjutkan pelajaran di peringkat SARJANA dalam bidang bahasa Arab di UKM. Sebaik tamat pengajian, beliau ditempatkan di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Semoga kehadiran beliau dalam memperkukuhkan lagi pendidikan Islam & bahasa Arab di Institusi ini khasnya dan Malaysia amnya.
Tuesday, March 23, 2010
SELAMAT DATANG PENSYARAH BARU JAPIM - Ustaz Mohd Nasri Bin Abdullah
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka mengalu-alukan kedatangan Ustaz Mohd Nasri Bin Abdullah ke institut ini sebagai Staf Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM). Beliau telah melapor diri pada 18.3.2010 yang lalu. Sebelum ini, beliau adalah tenaga pengajar di Kolej Matrikulasi Melaka dan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga kedatangan beliau akan memperkasakan lagi bidang pendidikan di Institut ini, khususnya JAPIM.
JAPIM 2010
Monday, March 15, 2010
KKP Pendidikan Moral bagi Unit PGSR BM Amb Nov 2008
Kepada : Unit PGSR BM Ambilan Nov 2008
Sila download KKP Pendidikan Moral di sini :
http://www.mediafire.com/file/b1kbz2mkt1n/KKP%20Moral%20PGSR.doc
Ustaz Mohd Rizuan Hj Abd Rasip
JAPIM
Sila download KKP Pendidikan Moral di sini :
http://www.mediafire.com/file/b1kbz2mkt1n/KKP%20Moral%20PGSR.doc
Ustaz Mohd Rizuan Hj Abd Rasip
JAPIM
Monday, March 1, 2010
Gempa Bumi Chile : KEKUATAN ALLAH TAALA MENGATASI SEGALA KEKUATAN YANG ADA DI ATAS DUNIA INI
SELEPAS HAITI ... KEMUDIAN CHILE
Seperti yang kita baca didalam berita, gempa bumi terkuat dunia pada abad ini menggoncang Chile semalam 27.2.2010, meruntuhkan bangunan serta mencetuskan tsunami yang mengancam pantai Pasifik sehingga Hawai dan Jepun. Sekurang-kurangnya 214 orang terbunuh dalam gempa bumi bermagnitud 8.8 itu yang berlaku pada 3.34 pagi (0634 GMT)
Friday, February 26, 2010
MAULIDUR RASUL 1431H : KEPIMPINAN ALLAH & RASULNYA PALING TINGGI MENGATASI SEGALA KEPIMPINAN YANG ADA DI ATAS DUNIA INI
"Mantapkan Ukhuwwah Perkasakan Ummah " Seluruh warga JAPIM, IPGKPM Melaka mengambil kesempatan mengucapkan tahniah sempena memperingati Maulidur Rasul 1431H. Sama-sama kita meningkatkan keimanan & ketaqwaan kepada Allah dan seterusnya menjadikan Allah&RasulNya sebagai panduan dan meletakkan Allah dan RasulNya sebagai kuasa dan kepimpinan tertinggi dalam kehidupan seharian mengatasi segala kepimpinan yang ada di atas dunia ini. Mana-mana kepimpinan yang berlawanan dengan perintah Allah&RasulNya hendaklah ditolak. Inilah keimanan yg sebenar. JAPIM 1431H / 2010M
Friday, January 15, 2010
Friday, January 1, 2010
SELAMAT TAHUN BARU 2010 - dari JAPIM

Warga JAPIM mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga tahun 2010 menyaksikan lebih banyak kemajuan dalam tugas kita untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan. Selamat Bertemu Kembali pada 4.1.2010 (Isnin) apabila sesi persekolahan dibuka semula.
Sepanjang tahun 2009, JAPIM telah mencapai satu tahap yang baik dan berjaya menjalankan pelbagai aktiviti dibawah pimpinan Pn Maimun Aziz dan kemudian diambilalih oleh En.Mat Nawi Mat Jusoh pada bulan Febuari 2009. Laporan JAPIM 2009 boleh didownload di ruangan sebelah kiri.
J.A.P.I.M 2010
Thursday, December 31, 2009
Ustaz Zaimuddin Husin Ketua Jabatan JAPIM yang baru ... SELAMAT DATANG.
Ustaz Zaimuddin Bin Hussin dari BPG dilantik menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) yang baru menggantikan Ustaz Mat Nawi Bin Mat Jusoh yang telah pun melanjutkan pelajaran ke UKM. Beliau adalah orang yang tidak asing bagi warga IPGKPM kerana pernah berkhidmat di Institut ini pada tahun 1995 hingga 2003. sesuai dengan nama "ZAIM" yang bermaksud Ketua beliau memulakan tugas dengan ungkapan yang menarik " BIASAKAN DENGAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA ". Kami seluruh warga JAPIM mengalu-alukan kedatangan beliau untuk memperkasakan lagi IPGKPM khasnya JAPIM.STAF JAPIM 2010.
KDPM JAIJ & KEMAS Amb Mei 2006 Tamat Pengajian di IPGKPM pada 24.12.2009 .. Tahniah.
Gambar kenang-kenangan Majlis Perpisahan KDPM KDC PLPS JAIJ Amb Mei 2006 yang telah diadakan di King Hotel, Ayer Keroh, Melaka pada 24.12.2009 (Khamis) jam 2:30 petang. Manakala gambar-gambar Majlis Perpisahan KDPM KDC PLPS KEMAS Amb Mei 2006 di Hotel Orkid pula tidak sempat untuk dirakamkan kerana kedua-dua majlis berjalan serentak. Walaubagaimana pun, kami warga JAPIM mengucapkan tahniah dan syabas kepada anda sekelian yang telah mengharungi 1001 macam pahit tetapi manis akhirnya.
Thursday, December 24, 2009
Interaksi KDC Nov-Dis 2009 Berakhir Hari Ini 24.12.2009.
JAPIM selaku penyelaras keseluruhan program Kursus Dalam Cuti (KDC) mengucapkan kepada anda semua dari unit (PGSR/j-QAF/PK/KEMAS,JAIJ & SABK) " Selamat kembali semula ke kampung halaman masing-masing " & "Selamat kembali semula ke sesi persekolahan 2010". Tahniah kerana telah berjaya mengikuti interaksi selama hampir sebulan bermula 23.11.2009 dan berjaya melaksanakan semua tugasan dengan baik. Semoga bertemu kembali pada interaksi berikutnya tahun depan.
JAPIM IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.












