Wednesday, January 26, 2011

Kertas Projek Utk Pelajar KDPM KDC SABK Amb Nov 2007

Kepada semua pelajar KDPM KDC SABK Ambilan Nov 2007, anda boleh memuat turun tugasan tersebut dengan mengklik tajuk di atas. Sebarang masalah bolehlah maklumkan kepada kami melalui ShoutMix di sebelah sisi kiri blog ini.
Sekian dimaklumkan.
USTAZAH SOFIAH BINTI MOHAMED
JAPIM 2011

Monday, January 24, 2011

Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI SR Mod Sepenuh Masa & KPLI SR j-QAF Mod LPBS Amb Jan 2011 pada 24.1.2011 (Isnin) di Dewan Srikandi

Selamat datang kepada semua pelajar-pelajar baharu KPLI SR Sepenuh Masa sebanyak 3 unit iaitu
(1)- PRA Sekolah
(2)- Bahasa Inggeris 1
(3)- Bahasa Inggeris 2

Dan juga KPLI SR j-QAF mod LPBS sebanyak 4 unit iaitu :
(1)- Pendidikan Islam
(2)- Bahasa Arab
(3)- Pendidikan Islam Pendidikan Khas 1
(4)- Pendidikan Islam Pendidikan Khas 2

Daripada : JAPIM 2011

Selamat datang Kepada Staf JAPIM yang baharu Ustazah Farihah Binti Hussain

JAPIM mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Ahlan Wa Sahlan kepada Ustazah Fariha Binti Hussain yang memulakan khidmat di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka pada 10.1.2011. Graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang bahasa Arab dan mempunyai pengalaman yang lama mengajar di sekolah. Sekolah terakhir beliau ialah SMK Tanjung Pauh, Jitra, Kedah. Semoga dengan kehadiran beliau ke IPG ini dapat memperkukuhkan lagi institusi dan JAPIM khususnya.

Daripada : JAPIM 2011

Wednesday, January 19, 2011

Mesyuarat MPPP Bil 01/2011 di Bilik Mesy Aras 1, Anj Hikmah pd 18.1.2011 (Selasa) jam 8:30pg

1- Masih dikekalkan perbelanjaan berhemah (jln aktiviti wajib sahaja / jimat utiliti..)
2- Buat In house trainning berkaitan dgn LINUS & KSSR
3- Guna letterhead IPGK-PM yg baharu.
4- Semua mesti menyokong langkah penguatkuasaan keselamatan lalulintas di IPG kita.
5- Pra Audit dalaman ditangguhkan dari 25-28.1.2011 ke tarikh 22-25.2.2011
6- Serah tugas penyelaras KDC lama kpd baharu (JAPIM kpd JPK) pd 21.1.2011
7- Pensyarah yg tiada ijazah Sarjana (Masters) tidak boleh mengajar Unit PISMP.
8. Semua Jabatan hendaklah menyediakan Fail Aktiviti.
9. Semua penyelaras2 PGSR hendaklah bersedia untuk di audit.
10- Waktu Maghrib Isyak ditak dibenarkan membuat kelas ganti. Pelajar semua di BISA.
11. Kelas ganti boleh di buat selepas Isyak jam 9:00 malam.
12. Perhimpunan Bulanan Rasmi akan diadakan pd 28.1.2011 (Jumaat)
13- KJ mesti hadir Majlis Dialog Ibubapa hari pendftran Student KPLI&j-QAF 24.1.11(Isn) 11.00pg
14. Mustasyfaa BADAR telah dikuatkuasakan & bersedia menerima pesakit.

Monday, January 17, 2011

Cuti IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Tahun 2011

Tuan / Puan,
Merujuk kepada arahan terbaru IPG Induk bertarikh 6 januari 2011 dengan rujukan KP(IPG)8585/100/1/1(1) menetapkan IPG Kampus tidak lagi diberi peruntukan Cuti Peristiwa dan Cuti Ganti. Sehubungan dengan itu, cuti IPG Kampus akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

29/1/2011 - 6/2/2011 Cuti Pertengahan Semester. tahun baru Cina 3-4/2/2011
12/3/2011 - 20/3/2011 Cuti Pertengahan Semester
28/5/2011 - 19/6/2011 Cuti Semester
27/8/2011 - 4/9/2011 Cuti Pertenagan Semester
22/10/2011 - 30/10/2011 Cuti Peretangahan Semester
19/11/2011 - 3/1/2011 Cuti Semester

Catatan :
Dipetik dari MEMO KJ HEP bertarikh : 10 Januari 2011

Thursday, January 13, 2011

Siapa punya kereta pulak ni? Ia telah dirantai oleh Petugas JK Keselamatan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka jam 1.00 tengahari tadi !!!!

Notis Tazkirah Pagi Jumaat Bil 02/2011

Tazkirah pagi Jumaat untuk Staf IPGK-PM akan berjalan seperti biasa pada butiran berikut :

Tarikh : 14.1.2011 / 9 Safar 1432H
Hari    :  Jumaat
Masa  :  7:30 - 8:00 pagi
Tempat :  Dewan Seri Melor
Penyampai :  Ustaz Mohd Ariffin Bin Salleh (Pensyarah JAPIM)
Tajuk :  7 Golongan Dibawah naungan 'Arasy

Tuan/Puan dijemput hadir.
JAPIM 2011

Tuesday, January 11, 2011

Bahan Tazkirah Kuliah Maghrib di BISA oleh Ustaz Mohd Ariffin Bin Salleh pd 10.1.2011 (Isnin)

Perhatian kepada semua students Teachers IPGK-PM,
Anda boleh memuat turun bahan tazkirah tersebut melalui link berikut :
http://www.4shared.com/file/OF3lcdSP/tajwid_nun_sakinah.html

Sekian dimaklumkan.
JAPIM 2011

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN BAHARU 2011

JAPIM IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka mengucapkan kepada anda sekelian "SELAMAT TAHUN BAHARU 2011" dengan keazaman untuk meneruskan perjuangan di medan pendidikan yang tidak pernah kenal erti lemah dan jemu.

JAPIM TAHUN 2011

Wednesday, December 29, 2010

Mesyuarat Staf Akademik & Mesyuarat Jabatan Sesi 2011 IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

(1)- Mesyuarat Staf Akademik sesi 2011
Tarikh   : 30.12.2010 (Khamis)
Tempat : Dewan Tun Fatimah (DTF)
Masa    : 8.00 pagi

(2)- Mesyuarat Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM)
Tarikh   : 30.12.2010 (Khamis)
Tempat : Bilik Jabatan JAPIM
Masa    : 2:30 petang

Sekian dimaklumkan.
MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP
JAPIM

Friday, December 24, 2010

Salam Perpisahan kepada Students Teachers KDPM KDC PLPS JAJ Ambilan Mei 2007 Yang Telah Menamatkan Kursus Di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Dengan Jayanya

JAPIM mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada semua guru-guru pelatih KDPM KDC PLPS JAJ Pengajian Melayu Ambilan Mei 2007 yang telah berjaya menamatkan kursus diploma mereka hari ini 24.12.2010 di Institut ini selama lebih kurang 3 tahun 9 bulan. Pastinya dalam tempoh sepanjang itu anda memperolehi pelbagai pengalaman suka duka. Semalam 23.12.2010 (Khamis) diadakan MAJLIS SIMPULAN KASIH yang dihadiri oleh Puan Pengarah & Timbalan serta pensyarah-pensyarah dan juga Pegawai Pendidikan Agama JAJ Ustaz Musa Sarbini. Tahniah juga di atas persembahan yang sangat bertenaga di dalam majlis tersebut. Semoga Bertemu Kembali.

JAPIM

Monday, December 20, 2010

Jabatan Pendidikan Khas Mengambilalih Tugas Sebagai Penyelaras Kursus Praperkhidmatan Dalam Cuti (KDC) Yang Baharu Mulai 2011

Dimaklumkan bahawa Penyelaras KDC keseluruhan yang baharu telah diambilalih oleh Jabatan Pendidikan Khas (JPK) berkuatkuasa 2011 seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat MPPP 15.12.2010 (Rabu). Sebelum ini tugas tersebut dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) sejak tahun 2003. Sehubungan itu, saya selaku penyelaras yang mengakhiri tugas ini memohon berbanyak-banyak kemaafan di atas segala kelemahan yang ada sepanjang kami (JAPIM) mengendalikannya bermula 2003 hingga 2010. Semoga KDC akan lebih maju di bawah pentadbiran yang baharu.

Sekian, Wassalam.
MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP
PENYELARAS KDC 2010

Monday, November 29, 2010

Surat Perlantikan Tenaga Pengajar KDC Interaksi Nov Dis 2010

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa surat perlantikan sebagai tenaga pengajar bagi Kursus Praperkhidmatan Dalam Cuti (KDC) interaksi November & Disember 2010 boleh di muat turun dari blog ini pada bahagian sisi kiri. Sebarang kemusykilan bolehlah menghubungi penyelaras KDC.

Sekian, Wassalam.

PENYELARAS KDC 2010

Sunday, November 14, 2010

Interaksi KDC Sesi Nov-Dis 2010 & persediaan Peperiksaan

Interaksi KDC bagi sesi November & Disember 2010 akan bermula pada 22.11.2010 (Isnin) dan akan tamat pada 31.12.2010 (Jumaat). Pendaftaran asrama ialah pada 21.11.2010 (Ahad) jam 4.00pm - 6.00pm di Anjung Hikmah (Lelaki) dan di asrama blok C (Perempuan).

Unit-unit KDC yang terlibat ialah :
(1)- KDPM JAIJ Pengajian Melayu Amb Mei 2007 (PM1/PM2)
(2)- KDPM SABK Amb Nov 2007 (PA1/PA2)
(3)- KDPM Kemas Amb Mei-Jun 2008 (Kemas1)
(4)- PGSR Amb Nov 2008 (PK/PL/BM/SN/PSV)
(5)- KDPM Kemas Amb Mei-Jun 2009 (Kemas1)
(6)- KPLI SR Pend Khas Amb Nov 2009 (PK1/PK2/PK3)
(7)- PGSR Amb Nov 2009 (KS)
Perhimpunan Rasmi KDC akan diadakan pada 22.11.2010 (Isnin) jam 7:30am-8:00am di Dewan Srikandi.
Sekian, SELAMAT MENJALANI KURSUS...

Persediaan Peperiksaan KDC
Semua unit KDC terlibat dengan peperiksaan pada Bulan Disember ini kecuali KPLI SR Pend Khas.
6 - 9/12/2010 pep bagi unit KEMAS08 / SABK07 / PGSR09
13-15/12/2010 pep bagi unit KEMAS09 / PGSR08
22-23/12/2010 pep bagi unit JAIJ Peng Melayu
Pastikan anda semua telah menyiapkan KERJA KURSUS bagi melayakkan anda menduduki peperiksaan.

Mohd Rizuan Hj Abd Rasip (Tel : 017-6664291)
PENYELARAS KDC

Saturday, September 11, 2010

SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR BATIN 1431H / 2010M

Anak kucing curi ketupat,
Kena kejar terlompat-lompat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Hanya Blog JAPIM laa yang paling cepat.

Pergi mengail di tepi paya,
Dapat seekor ikan patin,
Kami ucapkan SELAMAT HARIRAYA,
Mohon maaf zahir batin.

Dari Staf JAPIM 2010.

Monday, September 6, 2010

Penggunaan Laman Interanet Sistem Maklumat Pelajar IPG KPM bagi Pengurusan Program PGSR

Kepada pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar yang terlibat dengan program Pensiswazahan Guru sekolah Rendah (PGSR) anda boleh melayari URL berikut :
Laman intranet ini akan menjadi platform interaksi antara IPG KPM (Induk) dengan IPG Kampus dimana dari URL ini :
(1)- Dipaparkan pengumuman & maklumat berkaitan PGSR
(2)- Modul PGSR boleh dimuat turun.
(3)- Kemaskini pengurusan PGSR akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Sekian dari :
PENYELARAS KDC IPG Kampus PM
Ruj : KP(IPG)8282/600/2/4/1(12) 30.8.2010

Selamat Datang kepada Pelajar-Pelajar Kursus Dalam Cuti (KDC) Bagi Sesi Interaksi 4-8 Sept 2010

Interaksi KDC bagi sesi September 2010 akan bermula pada 4.9.2010 (Sabtu) dan akan tamat pada 8.9.2010 (Rabu). Pendaftaran asrama ialah pada 3.9.2010 (Jumaat) jam 3.00pm - 5.00pm di Anjung Hikmah (Lelaki) dan di asrama blok C (Perempuan).
Unit-unit KDC yang terlibat ialah :
(1)- KDPM JAIJ Pengajian Melayu Amb Mei 2007 (PM1/PM2)
(2)- KDPM SABK Amb Nov 2007 (PA1/PA2)
(3)- KDPM Kemas Amb Mei-Jun 2008 (Kemas1)
(4)- PGSR Amb Nov 2008 (PK/PL/BM/SN/PSV)
(5)- KDPM Kemas Amb Mei-Jun 2009 (Kemas1)
(6)- KPLI SR Pend Khas Amb Nov 2009 (PK1/PK2/PK3)
(7)- PGSR Amb Nov 2009 (KS)

SELAMAT MENJALANI KURSUS...

Cuti Pertengahan Penggal ke 2 bermula ( 4.9.2010 - 12.9.2010 ) - SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti pertengahan penggal ke 2 bermula 4.9.2010 hingga 12.9.2010. Dalam tempoh tersebut dijangka Hariraya Aidilfitri akan jatuh pada 10.9.2010 (Jumaat). Cuti akan diteruskan sehingga 16.9.2010 (Hari 1Malaysia).  17.9.2010 (Jumaat) hari bekerja semula dan satu taklimat peperiksaan PTK DG48 akan diadakan di Dewan Tun Fatimah (DTF) IPG Kampus PM disampaikan oleh Yang Berbahagia Tn Hj Ghani Bin Taib.