Wednesday, July 14, 2010
Wednesday, June 2, 2010
Surat Panggilan KDC bagi unit KDPM SABK Amb Nov 2007
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
JALAN MAKTAB, DURIAN DAUN,
75400 MELAKA
Ruj.Kami : IPPM.144.4/Klt 2 (43)
Tarikh : 31 Mei 2010
Guru Pelatih,
KDPM KDC SABK AMBILAN NOV 2007
Tuan/Puan,
KURSUS DALAM CUTI KDPM SABK AMBILAN NOV 2007 UNTUK SESI INTERAKSI JUN 2010
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka akan melaksanakan Kursus Dalam Cuti bagi guru-guru pelatih tersebut pada 7 Jun 2010 hingga 19 Jun 2010.
2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki untuk melapor diri seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 6 Jun 2010 ( Ahad )
Masa : 9:00 pagi - 6:00 petang
Tempat : Lelaki - Anjung Hikmah
Perempuan - Asrama Blok C
3. Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat tambahan berhubung perkara di atas, sila hubungi En. Mohd. Rizuan bin Hj Abd.Rasip (Tel : 0176664291).
Kerjasama tuan/puan dalam hal ini amatlah diharagai.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"CINTAILAH BAHASA KITA"
Saya yang menurut perintah,
t.t.
(NOOR HAYATEE BINTI MD.NOOR)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Perempuan Melayu,
Durian Daun, Melaka.
s.k - Fail timbul
- Guru Besar sekolah berkenaan
- Penyelia Asrama Anjung Hikmah, IPGKPM.
- Penyelia Asrama Blok C
- Ketua Warden
- Ketua Unit Kediaman, HEP, IPGKPM.
(Surat ini adalah catatan komputer tidak memerlukan tandatangan)
Friday, May 21, 2010
Kursus Penyembelihan Guru Pelatih KPLI Ambilan Jan 2010
Dimaklumkan bahawa kursus penyembelihan tersebut akan diadakan pada butiran seperti berikut :
Tarikh : 22 Mei 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8:00 pagi hingga 12:30 tgh
Tempat : Balai Islam Syaidatina 'Aisyah ( BISA )
Kehadiran guru pelatih ke kursus tersebut adalah diwajibkan.
Tarikh : 22 Mei 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8:00 pagi hingga 12:30 tgh
Tempat : Balai Islam Syaidatina 'Aisyah ( BISA )
Kehadiran guru pelatih ke kursus tersebut adalah diwajibkan.
Format Soalan Ujian Akhir Pendidikan Moral
Sila download bahan tersebut dari link berikut :
http://www.mediafire.com/file/jvdljq1zj12/Format%20Peperiksaan%20Pendidikan%20Moral%20PGSR.ppt
http://www.mediafire.com/file/jvdljq1zj12/Format%20Peperiksaan%20Pendidikan%20Moral%20PGSR.ppt
Sunday, May 16, 2010
SELAMAT HARI GURU 2010 : " Pendidik Pencetus Transformasi Modal Insan " - Dari Warga JAPIM.
SELAMAT HARI GURU 2010 : " Pendidik Pencetus Transformasi Modal Insan " - Dari Warga JAPIM.
Saturday, May 15, 2010
Gotong Royong Perdana Peringkat IPGKPM pada 15 Mei 2010 (Sabtu) Jam 8.00 pagi.
Gotong royong perdana tersebut melibatkan semua warga IPGKPM dan kehadiran adalah wajib. Gotong royong tersebut juga berlaku serentak di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

