Sunday, June 29, 2014
Friday, June 27, 2014
Senarai Nama Penyelia Kajian Tindakan Pelajar PPG Pengajian Islam (PIM1-4) Ambilan Jun 2011
Makluman kepada semua pelajar PPG PIM1-4 Ambilan Jun 2011,
Kilik di sini : Penyelia Pembimbing Kajian Tindakan PPG PIM1-4 Ambilan Jun 2011
Sehubungan itu, Tutorial esok 28.6.2014 (Sabtu) bagi semua unit PIM1-4 akan diadakan di Dewan Serikandi jam 12:30-1:30 (1j) untuk perjumpaan dengan penyelia kajian masing-masing kecuali Penyelia Ustaz Mohd Salam Ibrohim dan Ustazah Noraini Abdullah kedua-duanya tidak dapat hadir esok dan perjumpaannya diatur kemudian. Sekian dimaklumkan.
Ustaz Mohd Rizuan Abd Rasip - Penyelaras PPG.
Thursday, June 26, 2014
Interaksi PPG Jun Nov 2014 akan bermula pada hari Sabtu ini 28 Jun 2014
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar-pelajar PPG kerana kejayaan anda di dalam peperiksaan yang lalu dan dapat meneruskan pengajian ke semester yang berikutnya. Untuk makluman anda semua, interkasi PPG bagi Jun-Nov 2014 akan bermula pada 28 Jun 2014 (Sabtu). Sila ambil perhatian. Jadual Waktu PPG Jun Nov 2014 boleh dimuatturun dari blog ini di sisi kiri anda. Sekian, dimaklumkan. JaPIM 2014.
Friday, June 20, 2014
Sunday, June 15, 2014
Thursday, June 5, 2014
Monday, June 2, 2014
Peristiwa Israk dan Mikraj mencabar akal manusia.
Peristiwa Israk dan MIkraj yang
mencabar otak pemikiran manusia telah dirakamkan oleh Allah Taala di dalam
al-Quran surah al-Israk ayat yang pertama. Firman Allah Taala : ( سُبْحَانَ
الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى
الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ). Maha Suci Allah, yang telah
memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil
Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya
sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah Taala juga berfirman didalam
surah An-Najm ayat 13-18 : (وَلَقَدْ
رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى , عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى ، عِنْدَهَا جَنَّةُ
الْمَأْوَى ، إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى ، مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا
طَغَى ، لَقَدْ رَآى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَى ) 13. Dan
sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada
waktu yang lain, 14. (yaitu) di
Sidratil Muntaha 15. Di dekatnya ada syurga tempat tinggal, 16. (Muhammad
melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.
17. Penglihatannya (muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan
tidak (pula) melampauinya. 18. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian
tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.