Tuesday, September 20, 2016

PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT IPGK PM

Khamis, 25 Ogos 2016 telah bermula Majlis Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPGK PM 2016 di Dewan Srikandi (DSK) yang bermula pada jam 8.30 pagi. Peserta untuk Pertandingan Inovasi ini adalah terdiri daripada semua unit yang terdapat di IPGKPM termasuk unit Bahasa Arab Ambilan Jun 2016. Seramai 4 orang pelajar unit Bahasa Arab telah mewakili Pertandingan Inovasi ini iaitu Nur Azyyati binti Zulkifli, Rosilah binti Samad, Nur Asyila binti Azmal dan Khairunnisa' binti Mokhtar yang mana keempat-empat peserta ini dipecahkan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan telah berjaya menghasilkan inovasi pendidikan. 

          Kumpulan Azyyati dan Rosilah telah menghasilkan inovasi yang diberi nama 'Bitoqoh Sihriyah' atau kad magik yang diinovasikan dari kad imbas. Inovasi ini telah memfokuskan tentang cara untuk mengingat perkataan bahasa Arab dengan mudah supaya dapat menambahkan lagi perbendaharaan kata dalam bahasa Arab dalam kalangan pelajar khususnya dan kalangan orang awam amnya. Inovasi ini membawa tema 'Bahasa Arab Untuk Semua'. 

              Kumpulan Asyila dan Khairunnisa' telah berjaya menghasilkan satu inovasi yang diberi nama 'Ammeter Words Reading'. Nama inovasi ini diilhamkan dari reka bentuknya yang menyerupai ammeter. Inovasi ini pula telah memfokuskan tentang cara mudah untuk membaca dan juga untuk pengukuhan daya ingatan. Inovasi ini juga turut diinovasikan dari kad imbas tetapi lebih besar dan menarik dari segi fizikalnya. Tema inovasi ini adalah 'Fokus & Baca'.

               Selain itu, pertandingan ini turut disertai oleh pensyarah JAPIM IPGK PM. Ustazah Nor'aini dan Ustazah Zabedah telah mewakili JAPIM dalam pertandingan inovasi dengan inovasi mereka yang lebih berfokus kepada kaedah Iqra' dan juga didik hibur. 

Berikut adalah gambar  sekitar majlis Pertandingan Inovasi berlangsung: