Friday, December 21, 2012

Acara Simbolik Menandakan Berakhirnya Interaksi KDC selama Seminggu 17-21 Disember 2012 Program DPLI SR LPBS j-QAF Amb Disember 2012


Majlis Penutupan Interaksi KDC DPLI j-QAF Amb Dis 2012 bersama Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Guru Pelatih DPLI j-QAF,
Maklumat spesifik bagi majlis penutup tersebut ialah :
Tarikh : 21.12.2012 ( Jumaat )
Masa  :  4:45 - 5.30 petang
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Anda dikehendaki hadir ke Majlis Penutupan tersebut sebaik sahaja interaksi terakhir berakhir pada jam 4.30 petang .
Sekian dimaklumkan.
JAPIM 2012

Thursday, December 20, 2012

Semakan Penempatan Sekolah DPLI SR LPBS j-QAF Ambilan Khas Disember 2012

Semua Guru-Guru Pelatih DPLI j-QAF Amb Dis 2012,
Anda boleh membuat semakan penempatan tersebut di sini PENEMPATAN DPLI SR j-QAF atau download dari sebelah kiri blog.
Data diperolehi dari JHEP IPGK-PM hari ini.
Sekian dimaklumkan.
JAPIM 2012

Wednesday, December 19, 2012

Minggu Orientasi Sekolah ( MOS ) utk DPLI j-QAF

Kepada Guru-guru Pelatih DPLI j-QAF Amb Dis 2012
Sila download MOS ini untuk anda menjalankan tugasan Minggu Orientasi Sekolah selama 2 minggu sebelum anda memulakan proses P&P di bilik darjah. Hari Jumaat 21.12.2012 di dalam Majlis Penutupan akan diberi penjelasan lebih lanjut.
Download MOS di sini. atau di bahagian kiri blog.

Garis Panduan Guru DPLI SR j-QAF Amb Dis 2012 Dan Minggu Orientasi Sekolah (MOS)


(1)- Minggu Orientasi Sekolah (MOS) selama SATU MINGGU pada minggu pertama pelajar ditempatkan disekolah. klik tugasan MOS di kiri blog.
(2)- Selepas itu, Guru j-QAF dalam latihan hendaklah diberi jadual waktu mengajar.
(3)- Jumlah jam mengajar untuk guru j-QAF dalam latihan ialah 25 waktu merangkumi major dan minor.
(4)- Mengajar tahun yang melibatkan KBSR / KSSR
(5)- Perlu ada guru pembimbing kepada Guru j-QAF dalam latihan yang dilantik oleh sekolah.
(6)- Tugasan MOS perlu disimpan dalam portfolio.
(7)- Tugasan MOS ini hendaklah dimasukkan ke dalam Portfolio Praktikum Pelajar.

Monday, December 17, 2012

Jadual Waktu Interaksi KDC Dis 2012 bagi DPLI j-QAF Amb Dis 2012

Jadual Waktu Mengajar dan Surat Perlantikan Tenaga Pengajar bagi interaksi KDC bulan Disember 2012 DPLI j-QAF Ambilan Disember 2012 boleh didownload di sebelah kiri blog.
Sekian dimaklumkan.
JAPIM 2012

Selamat Datang kepada Guru-Guru Pelatih DPLI SR LPBS j-QAF Ambilan Disember 2012

JAPIM  mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan Guru-guru pelatih DPLI j-QAF yang baharu sahaja mendaftarkan diri pada hari ini 17.12.2012 (Isnin). Bermula esok anda semua dikehendaki hadir interaksi KDC bagi Disember 2012 bermula 18.12.2012 ( Selasa ) sehingga 21.12.2012 ( Jumaat ). Majlis penutupan bersama Puan Pengarah IPGK-PM akan diadakan pada hari Jumaat sebaik sahaja tamat interaksi iaitu pada jam 4.30 petang di Dewan Tun Fatimah.
JAPIM 2012

Sunday, November 18, 2012

Terkini - Jadual Waktu KDC KDPM KEMAS Amb Nov 2012

Tindakan Pensyarah JAPIM yang terlibat dalam pengajaran tersebut ialah Ustaz Mohd Ibrohim Md Taha dan Ustaz Mohd Nasri Abdullah. Untuk download JW tersebut klik di sini : Jadual Waktu KDC KDPM KEMAS Amb Nov 2012 

Saturday, November 17, 2012

Bahan Bacaan : Protokol-protokol Cendikiawan Yahudi

Untuk mendownload bahan bacan tersebut sila klik pada tajuk posting di atas atau klik di sini " Protokol-protokol Cendikiawan Yahudi "

Wednesday, November 14, 2012

SELAMAT TAHUN BAHARU HIJRAH 1434H

Malam ini kita mula mengorak langkah ke tahun yang baharu dengan azam yang baharu ke arah yang lebih baik dan seterusnya menjadi yang terbaik. Pada kesempatan ini, JAPIM ingin mengucapkan kepada seluruh warga IPGK-PM dan seluruh muslimin dan muslimat .. "SELAMAT TAHUN BAHARU 1434H". - JAPIM 2012.

Terkini : Pelaksanaan Waktu Bekerja Pensyarah Di IPG Kampus


Tahniah kepada Staf JAPIM Ustazah Sofiah Mohammad yang telah memenangi Pertandingan Pencarian Harta Ilmiah 2012 Anjuran Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka.


Tahniah Kepada Pemenang-pemenang Pencarian Harta Ilmiah 2012 Dari Bulan Julai Sehingga Oktober. Di RTC, Kuala Linggi, Melaka pada 10 Nov 2012 (Sabtu). Sesi Bergambar pemenang-pemenang bersama Sahibus Samahah Datuk Wira Hj.Rashid Redza Bin Hj Md.Saleh (Datuk Mufti Melaka) dan DR(H) Kassim Bahali (Pegawai Falak Jabatan Mufti Melaka) - Diambil dari FB Balai Cerap Al-Khawarizmi.

Wednesday, July 4, 2012

MAJLIS KONVOKESYEN IPG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012

JAPIM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para graduan khususnya dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka ( KDPM KDC SABK, KPLI SR KDC PK, KPLI SR j-QAF ) yang akan menyertai majlis Konvokesyen IPG KPM secara berpusat pada 10 - 13 Julai 2012 di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya, Persint 3, Putrajaya. Semoga dengan kejayaan tersebut memberi suntikan semangat kepada para graduan sekelian untuk meneruskan perjuangan dalam pendidikan.
JAPIM 2012

Saturday, June 30, 2012

Didoakan Agar Ustazah Maimun Binti Aziz kembali Sihat Ceria

Petang tadi 30.6.2012 hari Sabtu saya sekeluarga sempat menziarahi Ustazah Maimun binti Aziz di wad 807 Tingkat 8  Mahkota Medical Centre. Alhamdulillah, nampak sihat dan ceria.

Wednesday, June 27, 2012

Konvokesyen KDPM SABK Amb Nov 2007 di Putrajaya pada 10-12 Julai 2012

Assalamualaikum,
Maklumat terkini mengenai pengambilan jubah konvo bagi semua para graduan IPGKPM ialah pada 11 Julai 2012 di Dewan Seri Siantan, Putrajaya. Oleh itu, tuan/puan tidak lagi perlu mengambilnya di IPGK-PM.
Sekian, dimaklumkan.
JAPIM 2012

Sunday, May 27, 2012

Interaksi KDC Mei Jun 2012 bermula esok 28 Mei - 8 Jun 2012

JAPIM mengucapkan selamat berinteraksi KDC di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka kpd Unit PGSR, KPLI SR j-QAF, PDPM Kemas & KPLI SR Pend Khas. Jadual waktu dan surat panggilan interaksi boleh di download dari portal IPGK-PM . 
Sekian, SELAMAT BERINTERAKSI. - JAPIM 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU kpd Nur Farhana Ibrahim

JAPIM dengan gembirannya menngucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Pelajar Guru Nur Farhana Ibrahim dari Unit PISMP Pengajian Agama Islam Ambilan Jan 2012 yang akan menempuh alam berumahtangga pada 27.5.2012. Semoga berbahagia selalu dan sentiasa diberkati Allah Taala.
JAPIM 2012

SELAMAT BERSARA KPD PN HJH NOOR HAYATEE BTE MD NOOR PENGARAH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA YG AKAN MENAMATKAN TUGASNYA PD 31.5.2012


Kursus Profesionalisme, Pengurusan & Pentadbiran di Midah Hotel, KL 21 - 23 Mei 2012


Kerja-Kerja Keceriaan Bilik-Bilik j-QAF di Anjung Makmur AM1-11, AM1-12 bersama Staf JAPIM & Student PISMPPA pd 17.5.2012 (Kha) 3pm






Friday, May 25, 2012

Interaksi KDC Mei Jun 2012 ( 28 Mei - 8 Jun 2012 )

Jadual Waktu KDC bagi interaksi Mei Jun 2012 boleh dimuat turun dari portal IPPM .
Sekian dimaklumkan.
JAPIM 2012

Wednesday, May 9, 2012

En Mohd Ibrohim Bin Md Toha Menjalankan Tugas Ketua Jabatan pada 9-11 Mei 2012


Dimaklumkan bahawa saya MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP Ketua Jabatan JAPIM akan menghadiri kursus Learning Object di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban pada 9 - 11 Mei 2012 (Rabu-Jum). Sehubungan itu, tugas Ketua Jabatan dalam tempoh tersebut akan dijalankan oleh Ustaz Mohd Ibrohim Bin Md Taha.
Sekian dimaklumkan.
MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP
9/5/2012

Wednesday, April 4, 2012

Takziah Buat Pn Fatimah Bte Yusoff di atas Kembali Suaminya Yang Tercinta Ke Pangkuan Ilahi

Seluruh warga JAPIM IPGK-PM mengucapkan takziah kepada Pn Hjh Fatimah Binti Yusof dari Jabatan Sains di atas kembali suaminya yang dikasihi ke Rahmatullah. Berita disampaikan oleh Ketua Jabatan Sains En Jafri Bin Mohammad Saad pagi ini. Semoga Ruhnya sentiasa dicucuri Rahmat Allah dan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang salihin. Al-Fatihah.
JAPIM 2012

Monday, March 26, 2012

Senarai Nama Petugas JK Kebajikan Program Induksi Pensyarah Fasa 1 2012 (Zon Selatan) pd 25 - 29 Mac 2012

25.3.2012 (Ahad) - Mohd Rizuan Hj Abd Rasip & Mohd Ariffin Bin Salleh
26.3.2012 (Isnin)  - Mohd Ariffin Bin Salleh & Mohd Rizuan Hj Abd Rasip
27.3.2012 (Selasa)- Mohd Rizuan Hj Abd Rasip / Mohd Ariffin Salleh / Hjh Fatimah Maaroff
28.3.2012 (Rabu) - Hjh Fatimah Bte Maaroff / Pn Sapiyah Md Rangga
29.3.2012 (Khamis)- Pn Sapiyah Bte Md Rangga / Pn Maimun Bte Aziz

Pn Hjh. Fatimah Bte Maaroff - Menjalankan Tugas Ketua Jabatan JAPIM pada 26 - 30 Mac 2012

Dimaklumkan bahawa saya MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP Ketua Jabatan JAPIM akan menghadiri mesyuarat Ketua Jabatan JAPIM IPGM di Hotel Grand Pasific KL pada 26 - 28 Mac 2012 dan seterusnya menghadiri kursus Learning Object di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban pada 28 - 30 Mac 2012. Sehubungan itu, tugas Ketua Jabatan dalam tempoh tersebut akan dijalankan oleh Pn. Hajjah FATIMAH BINTI MAAROF.
Sekian dimaklumkan.
MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP

Sunday, March 25, 2012

Pemulangan Bayaran Koperasi Utk Baju Batik (P) dan Track Suite (L&P)

Makluman kpd Guru Pelatih KPLI SR j-QAF Amb Jan 2012 
(Yang ditempatkan di Sabah) - Rujuk senarai nama di sini
Pihak koperasi akan memulangkan semula bayaran yang telah dibuat untuk baju batik (Perempuan Sahaja) dan juga Track Suite (Lelaki & Perempuan) kerana anda telah pun berpindah ke IPG di Sabah. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi personal berikut :-
(1)- Pn Rozana Sahul Hamid - 0126132171
(2)- Pn Hjh Fatimah Bte Maaroff - 0123776746
Sekian dimaklumkan. JAPIM 2012.

Monday, March 19, 2012

Monday, March 12, 2012

Interaksi KDC Mac 2012 bermula hari ini - Selamat Berinteraksi

Interaksi KDC Mac 2012 bermula hari ini 12.3.2012 dan akan tamat pada 16.3.2012 ( Seminggu ) melibatkan unit-unit PGSR, KPLI SR j-QAF dan KDPM Kemas. Selamat berinteraksi dan semoga segalanya berjalan dengan baik. - JAPIM 2012

Thursday, March 8, 2012

Terkini : Skim SBPA Dimansukhkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan. Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati. "Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya. Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut: (1)- Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54. (2)- Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A. (3)-Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2. (4)- Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha. – 11:03AM Mac 8,2012 Malaysiakini.

Ucapan Tahniah Kepada Pn Maimun Binti Aziz Di atas Perlantikan Sebagai Pensyarah Cemerlang DG54

Seluruh warga IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dan khususnya JAPIM mengambil kesempatan keemasan ini untuk menzahirkan kegembiraan dan menyatakan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada  Pn Maimun Binti Aziz di atas perlantikan beliau sebagai PENSYARAH CEMERLANG DG54. Semoga kenaikan pangkat ini menjadi suntikan semangat kepada beliau untuk meneruskan kegemilangan. 

JAPIM 2012

Monday, March 5, 2012

Cara Download Sukatan & Modul KPLI SR j-QAF Amb Jan 2012

Ramai yang memaklumkan bahawa mereka susah nak download bahan berkaitan sukatan & modul KPLI SR j-QAF Amb Jan 2012 untuk interaksi KDC 12 Mac 2012 akan datang. Sebenarnya caranya mudah sahaja seperti berikut :
1- Klik pada Sukatan & Modul KPLI j-QAF di sini dan akan terus ke website www.4shared.com.
2- Klik pada Muat Turun.
3- Tunggu kiraan saat selesai dan paparan Muat Turun Fail Sekarang akan kelihatan
4- Klik pada Muat Turun Fail Sekarang
5- Maka downloading bermula.