Wednesday, March 31, 2010

Surat Panggilan Interaksi KDC Mac 2010 utk KDPM SABK Amb Nov 2007

Sila download surat tersebut di bawah ini :
http://www.mediafire.com/file/hrzmo5hyzol/Surat Panggilan Mesy KDC Mac 2010.doc
Ustaz Mohd Rizuan Hj Abd Rasip
Penyelaras KDPM SABK Nov 2007

Saturday, March 27, 2010

Selamat Datang kepada Ustaz Mohd Bakri Bin Abd Aziz - Pensyarah Baru JAPIM

Selamat datang kepada Al-Ustaz Mohd Bakri Bin Abd Aziz yang telah melaporkan diri di Institut ini sebagai Pensyarah JAPIM  pada 24.3.2010 selang beberapa hari kehadiran Ustaz Mohd Nasri Abdullah. Beliau seorang yang pakar dalam bidang bahasa Arab berkelulusan dari Universiti Jordan. Sebelum ini beliau berkhidmat di IPG KENT, Sabah dan melanjutkan pelajaran di peringkat SARJANA dalam bidang bahasa Arab di UKM. Sebaik tamat pengajian, beliau ditempatkan di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Semoga kehadiran beliau dalam memperkukuhkan lagi pendidikan Islam & bahasa Arab di Institusi ini khasnya dan Malaysia amnya.

Tuesday, March 23, 2010

SELAMAT DATANG PENSYARAH BARU JAPIM - Ustaz Mohd Nasri Bin Abdullah


IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka mengalu-alukan kedatangan Ustaz Mohd Nasri Bin Abdullah ke institut ini sebagai Staf Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM). Beliau telah melapor diri pada 18.3.2010 yang lalu. Sebelum ini, beliau adalah tenaga pengajar di Kolej Matrikulasi Melaka dan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga kedatangan beliau akan memperkasakan lagi bidang pendidikan di Institut ini, khususnya JAPIM.

JAPIM 2010

Monday, March 15, 2010

KKP Pendidikan Moral bagi Unit PGSR BM Amb Nov 2008

Kepada : Unit PGSR BM Ambilan Nov 2008
Sila download KKP Pendidikan Moral di sini :
http://www.mediafire.com/file/b1kbz2mkt1n/KKP%20Moral%20PGSR.doc

Ustaz Mohd Rizuan Hj Abd Rasip
JAPIM

Monday, March 1, 2010

Gempa Bumi Chile : KEKUATAN ALLAH TAALA MENGATASI SEGALA KEKUATAN YANG ADA DI ATAS DUNIA INI

SELEPAS HAITI  ... KEMUDIAN CHILE
Seperti yang kita baca didalam berita, gempa bumi terkuat dunia pada abad ini menggoncang Chile semalam 27.2.2010, meruntuhkan bangunan serta mencetuskan tsunami yang mengancam pantai Pasifik sehingga Hawai dan Jepun. Sekurang-kurangnya 214 orang terbunuh dalam gempa bumi bermagnitud 8.8 itu yang berlaku pada 3.34 pagi (0634 GMT)