Tuesday, July 28, 2009

Gotong Royong IPGM-KPM 27.7.2009 (Isnin)

Gotong-royong perdana yang melibatkan staf akademik dan bukan akademik bagi membersihkan kawasan-kawasan persekitaran IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka telah diadakan pada 27.7.2009 hari Isnin yang lalu . Gotong royong tersebut bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi kerana hujan lebat turun. Sebahagian Gambar-gambar berkaitan dipaparkan disini :-




Saturday, July 25, 2009

Gotong Royong di IPGM-KPM pada 27.7.2009 (Isnin) Jam 8:30 pagi

Dimaklumkan bahawa gotong royong untuk membersihkan kawasan persekitaran IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka akan diadakan pada :

Tarikh : 27.7.2009 (Isnin)
Masa : 8:30 pagi
Tempat : IPGM-KPM

Semua pensyarah dikehendaki hadir bagi menjayakan program gotong royong tersebut

Sekian, dimaklumkan.

Wednesday, July 22, 2009

Panduan Solat Gerhana

Solat Gerhana
Solat sunat Gerhana ialah solat pada waktu terjadi gerhana matahari ( Kusuuf As-Syams ) atau gerhana bulan ( Khusuuf Al-Qamar ) separa atau penuh .
Waktunya :
Dari terjadi gerhana hingga selesai.
Lafaz Niat solat Gerhana :
(1)- Gerhana Matahari
" Usallii Sunnata Kusuufassyamsi ma'muuman Lillaahi Taala "
Sahaja aku sembahyang gerhana matahari mengikut imam kerana Allah Taala.
(2)- Gerhana Bulan
" Usallii Sunnata Khusuufal Qamari ma'muuman Lillaahi Taala "
Sahaja aku sembahyang gerhana bulan mengikut imam kerana Allah Taala.
Cara Melaksanakannya
Sembahyang gerhana sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti sembahyang biasa dengan niat gerhana matahari atau bulan. Yang lebih afdhal hendaklah menambah satu rukuk pada tiap-tiap rakaat, yaitu sesudah bangkit dari rukuk dan membaca " samii'Allaahu liman hamidah ", dibaca lagi Fatihah dan surah. Sesudah itu rukuk lagi dan bangkit dari rukuk seperti biasa, lalu sujud 2 kali dan duduk antara dua sujud seperti biasa. Seterusnya pada rakaat yang kedua diperbuat demikian juga.
Bacaan Fatihah dan Surah pada gerhana bulan dikuatkan dan pada sembahyang Gerhana Matahari diperlahankan.
Jika ia dikerjakan berjamaah sunat membaca 2 khutbah kemudiannya.

Gerhana Matahari Separa Hari ini 22.7.2009 bermula 8:23 pagi dan berakhir 9.48 pagi.

Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi ini. Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi. “Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan matahari akan ditutupi oleh bulan semasa gerhana separa itu berlaku,” kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd. Fairos Asillam, dalam satu kenyataan. Kawasan utara semenanjung merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya. Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati gerhana matahari separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya. Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.
- Petikan dari Utusan Melayu 21.7.2009 -

Tuesday, July 21, 2009

Penangguhan KPKI - Perkaedahan Jawi

Dukacita dimaklumkan bahawa KPKI - Perkaedahan Jawi yang sepatuttnya diadakan selama 2 hari bermula 21 Julai 2009 hingga 22 Julai 2009 ( Selasa dan Rabu ) ditangguhkan.

Segala kesulitan amat dikesali.
Sekian, harap maklum.

SU JAPIM

Monday, July 20, 2009

Pemberitahuan Penangguhan Majlis Sambutan Isra' Mi'raj & Diskusi Ilmiah 20 Julai 2009

Dukacita dimaklumkan bahawa pihak penganjur terpaksa menangguhkan majlis sambutan tersebut di saat-saat akhir kerana hal yang tak dapat dielakkan.
Segala kesulitan harap dapat dimaafkan.

SU JAPIM

Saturday, July 18, 2009

MAJLIS DISKUSI ILMIAH SEMPENA SAMBUTAN ISRA' MI'RAJ 1430H

Majlis Diskusi tersebut akan diadakan pada :-

Tarikh : 20 Julai 2009 ( Isnin )
Masa : 9:00 malam
Tempat : Balai Islam Sayyidah 'Aisyah ( BISA ) IPGMKPM.
Tema : " MENCARI PANDUAN KETAMADUNAN "

Ahli Panel Diskusi Ilmiah

(1)- En. Mohd Sofi Bin Abd Wahab
Ketua Jabatan Pengurus Kualiti & Pematuhan,
CTRM AERO COMPOSITES SDN BHD

(2)- Ustaz Johari Bin Mohamed Salih
Sekolah Menengah Tahfiz, Chenderah, Jasin

Moderator

Tuan Haji Omar Bin Abdul
Pensyarah Kanan,
IPGM, Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

SEMUA WARGA IPGM-KPM DIJEMPUT HADIR.

Thursday, July 16, 2009

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ PERINGKAT IPGM-KPM

Sukacita dimaklumkan bahawa MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ peringkat IPGM-KPM dengan tema " MENCARI PANDUAN KETAMADUNAN " akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 27 Rejab 1430H / 20 Julai 2009M
Hari : Isnin
Masa : 7.00 - 10.00 malam
Tempat : Balai Islam Sayyidah 'Aisyah ( BISA )
Program : Forum ( 2 Ahli Panel & Moderator )
Tema : " MENCARI PANDUAN KETAMADUNAN "


SELURUH WARGA IPGM-KPM DIJEMPUT HADIR.

JAPIM 2009

AHLAN WA SAHLAN PELAJAR BAHARU PPISMP AMB JULAI 2009

Kami staf JAPIM ( Jabatan Pendidikan Islam & Moral ) IPGM-KPM mengalu-alukan dan mengucapkan ahlan wa sahlan dan selamat datang kepada warga baharu IPGM-KPM Pelajar-pelajar PPISMP (B.Melayu, Sains, Matematik, Pendidikan Khas, Pengajian Agama dan Pra Sekolah)yang telah mendaftar di IPGM-KPM pada 13 Julai 2009 (Isnin).

JAPIM 2009

Wednesday, July 1, 2009

MESYUARAT JAPIM BIL 4/2009


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
DURIAN DAUN, MELAKA.



Ruj. kami : IPPM144/10/15/14 (69)
Tarikh : 01 Julai 2009


1. En. Mat Nawi Bin Mat Jusoh ( Ketua Jabatan )
2. Pn. Maimun Binti Aziz
3. Pn. Fatimah Binti Maaroff
4. Pn. Sapiyah Binti Md. Rangga
5. En. Wan Azman Bin Wan Mahamud
6. En. Abdul Salam Bin Mohamed Ibrahim
7. En. Mohd. Ariffin Bin Salleh

Tuan/Puan,

MESYUARAT JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL(JAPIM) Bil. 4/2009

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 6 Julai 2009 (Isnin)
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Bilik JAPIM, Anjung Tadbir, IPGMKPM.

3. Kerjasama tuan/puan berikan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"CINTAILAH BAHASA KITA"

Saya yang menurut perintah,
t.t.
(MOHD RIZUAN BIN HJ ABD RASIP)
Setiausaha JAPIM

s.k. - Fail Timbul