Wednesday, December 29, 2010

Mesyuarat Staf Akademik & Mesyuarat Jabatan Sesi 2011 IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

(1)- Mesyuarat Staf Akademik sesi 2011
Tarikh   : 30.12.2010 (Khamis)
Tempat : Dewan Tun Fatimah (DTF)
Masa    : 8.00 pagi

(2)- Mesyuarat Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM)
Tarikh   : 30.12.2010 (Khamis)
Tempat : Bilik Jabatan JAPIM
Masa    : 2:30 petang

Sekian dimaklumkan.
MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP
JAPIM

Friday, December 24, 2010

Salam Perpisahan kepada Students Teachers KDPM KDC PLPS JAJ Ambilan Mei 2007 Yang Telah Menamatkan Kursus Di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Dengan Jayanya

JAPIM mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada semua guru-guru pelatih KDPM KDC PLPS JAJ Pengajian Melayu Ambilan Mei 2007 yang telah berjaya menamatkan kursus diploma mereka hari ini 24.12.2010 di Institut ini selama lebih kurang 3 tahun 9 bulan. Pastinya dalam tempoh sepanjang itu anda memperolehi pelbagai pengalaman suka duka. Semalam 23.12.2010 (Khamis) diadakan MAJLIS SIMPULAN KASIH yang dihadiri oleh Puan Pengarah & Timbalan serta pensyarah-pensyarah dan juga Pegawai Pendidikan Agama JAJ Ustaz Musa Sarbini. Tahniah juga di atas persembahan yang sangat bertenaga di dalam majlis tersebut. Semoga Bertemu Kembali.

JAPIM

Monday, December 20, 2010

Jabatan Pendidikan Khas Mengambilalih Tugas Sebagai Penyelaras Kursus Praperkhidmatan Dalam Cuti (KDC) Yang Baharu Mulai 2011

Dimaklumkan bahawa Penyelaras KDC keseluruhan yang baharu telah diambilalih oleh Jabatan Pendidikan Khas (JPK) berkuatkuasa 2011 seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat MPPP 15.12.2010 (Rabu). Sebelum ini tugas tersebut dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) sejak tahun 2003. Sehubungan itu, saya selaku penyelaras yang mengakhiri tugas ini memohon berbanyak-banyak kemaafan di atas segala kelemahan yang ada sepanjang kami (JAPIM) mengendalikannya bermula 2003 hingga 2010. Semoga KDC akan lebih maju di bawah pentadbiran yang baharu.

Sekian, Wassalam.
MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP
PENYELARAS KDC 2010