Thursday, December 31, 2009

Mesyuarat JAPIM 01/2010 30122009 (Rabu) 2:30pm dipengerusikan oleh KJ Baru & hadir sama mantan KJ Ustaz Nawi ...


Ustaz Zaimuddin Husin Ketua Jabatan JAPIM yang baru ... SELAMAT DATANG.

Ustaz Zaimuddin Bin Hussin dari BPG dilantik menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) yang baru menggantikan Ustaz Mat Nawi Bin Mat Jusoh yang telah pun melanjutkan pelajaran ke UKM. Beliau adalah orang yang tidak asing bagi warga IPGKPM kerana pernah berkhidmat di Institut ini pada tahun 1995 hingga 2003. sesuai dengan nama "ZAIM" yang bermaksud Ketua beliau memulakan tugas dengan ungkapan yang menarik " BIASAKAN DENGAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA ". Kami seluruh warga JAPIM mengalu-alukan kedatangan beliau untuk memperkasakan lagi IPGKPM khasnya JAPIM.
STAF JAPIM 2010.

KDPM JAIJ & KEMAS Amb Mei 2006 Tamat Pengajian di IPGKPM pada 24.12.2009 .. Tahniah.




Gambar kenang-kenangan Majlis Perpisahan KDPM KDC PLPS JAIJ Amb Mei 2006 yang telah diadakan di King Hotel, Ayer Keroh, Melaka pada 24.12.2009 (Khamis) jam 2:30 petang. Manakala gambar-gambar Majlis Perpisahan KDPM KDC PLPS KEMAS Amb Mei 2006 di Hotel Orkid pula tidak sempat untuk dirakamkan kerana kedua-dua majlis berjalan serentak. Walaubagaimana pun, kami warga JAPIM mengucapkan tahniah dan syabas kepada anda sekelian yang telah mengharungi 1001 macam pahit tetapi manis akhirnya.

Thursday, December 24, 2009

Interaksi KDC Nov-Dis 2009 Berakhir Hari Ini 24.12.2009.

JAPIM selaku penyelaras keseluruhan program Kursus Dalam Cuti (KDC) mengucapkan kepada anda semua dari unit (PGSR/j-QAF/PK/KEMAS,JAIJ & SABK) " Selamat kembali semula ke kampung halaman masing-masing " & "Selamat kembali semula ke sesi persekolahan 2010". Tahniah kerana telah berjaya mengikuti interaksi selama hampir sebulan bermula 23.11.2009 dan berjaya melaksanakan semua tugasan dengan baik. Semoga bertemu kembali pada interaksi berikutnya tahun depan.

JAPIM IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Friday, December 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431H " MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH" 01 MUHARRAM 1431H / 18 DISEMBER 2009M (JUMAAT)





Dengan Tema " MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH " kami warga JAPIM IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka mengucapkan kepada anda semua Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H.

Saturday, December 12, 2009

Tahniah! ... KJ JAPIM akan menyambung pelajaran ke peringkat Phd bermula 22.12.2009 ini di UKM.

Kami seluruh warga JAPIM dan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka seluruhnya mengucapkan tahniah kepada Ustaz Mat Nawi Bin Mat Jusoh ( Ketua Jabatan JAPIM ) yang akan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Kedoktoran (Phd) dalam bidang bahasa Arab di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan biasiswa penuh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 22 Disember 2009 ini. Beliau yang memulakan tugas di Institut ini pada 16 Mac 2006 sebagai pensyarah bahasa Arab di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( JAPIM ) telah memberikan sumbangan dan komitmen yang tinggi dalam pendidikan. Semoga beliau terus berjaya & semoga kembali lagi ke sini.

( Gambar Ustaz Mat Nawi ( berkaca mata dan bersongkok hitam ) bersama dengan En. Abu Bakar Miskon dan sekumpulan guru-guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka )



Sunday, November 29, 2009

Tahniah kepada penerima Anugerah Cemerlang di Konvokesyen j-QAF & SABK di Putrajaya pada 25 Nov 2009 ... nama-nama pemenang akan dicatat kemudian..


Senarai Nama Pemenang Anugerah Kecemerlangan dalam Majlis Konvokesyen KPLI j-QAF ke-4 dan KPLI KDC SABK dan KDPM LPBS ( Kampus Perempuan Melayu Melaka ) di Dewan Seri Siantan Perbadanan Putrajaya, Putrajaya pada 24 -25 November 2009 / 7-8 Zulhijjah 1430H
KPLI LPBS j-QAF
Keseluruhan : Radiyah Binti Ismail
Akademik : Radiyah Binti Ismail
Praktikum : Siti Norsazlina Binti Mustafar
Kokurikulum : Shahada Binti Mohd Kassim
KPLI KDC SABK Ambilan November 2007
Keseluruhan : Mohd Zaid Bin Khamis


Gambar di sekitar Majlis Konvokesyen j-QAF & SABK di Putrajaya pada 25 Nov 2009 (Rabu)





Tuesday, November 17, 2009

Al-Fatihah : Al-Marhum Ustaz Ahmad Fauzi KDPM KDC SABK Amb Nov 2007


Dalam kenangan ......

Seluruh warga IPGKPM dan khususnya JAPIM mengucapkan takziah kepada keluarga Al-Marhum Ustaz Ahmad Fauzi Bin Azman dari unit PI(1) KDPM KDC SABK Ambilan Nov 2007 yang telah kembali ke Rahmatullah pada 16.11.2009 (Isnin) seminggu sebelum interaksi KDC Nov-Dis 2009 bermula. Semoga Rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Pemergiannya bagai terasa satu kehilangan besar disisi kami khususnya pensyarah-pensyarah JAPIM, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

(Gambar Al-Marhum - berkacamata - ketika mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) pada Disember 2007 yang lalu ketika mula mendaftar di Institut ini... ) ... Al-Fatihah.