Sunday, October 30, 2011

Sekalung Tahniah kepada Pn. Maimun Binti Aziz - Memangku Jawatan Timbalan Pengarah IPGK-PM

JAPIM mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pn. Maimun Binti Aziz Pensyarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) kerana telah dipilih untuk memangku jawatan Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka yang telah dikosongkan oleh mantan Timbalan Pengarah Datin Hjh Siti Hanifah binti Madarsa pada 7.10.2011 lalu yang kini menjadi Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu. Semoga amanah tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. 

Tuesday, October 25, 2011

Tarikh Peperiksaan PPG yang baharu ialah 19 & 20 November 2011

Kepada Semua Student PPG Amb Jun 2011,
JAPIM mendapat confirmation dari Unit Peperiksaan bahawa peperiksaan PPG telah dipinda ke tarikh berikut :
19 November 2011 (Sabtu) dan 20 November 2011 (Ahad).
Sekian dimaklumkan.
MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP
Ketua Jabatan JAPIM

Monday, October 24, 2011

Ucapan Takziah kpd En Mohd Nasarudin Ghazali ( KU Pusat Sumber )

JAPIM merakamkan ucapan TAKZIAH kepada En. Mohd Nasarudin Ghazali ( Ketua Unit Pusat Sumber ) di atas kembali isterinya yang dikasihi Al-Marhumah Pn Noryani Ahmad juga pensyarah IPGK-PM ke pangkuan Ar-Rahman pada hari Ahad jam 8:40 malam 23.10.2011 / 25 Zulqaedah 1432H.  Jenazah Al-Marhumah dikebumikan pada pagi hari Isnin di Serom 8, Ledang, Johor. Semoga Allah mengampuni segala dosanya dan dihimpunkan dalam kumpulan hamba-hamba yang salih dan salihah. - AL-FATIHAH.

Saturday, October 22, 2011

Kursus Tafaqquh Fid Din "TADBIR URUS ASET MENURUT PERSPEKTIF ISLAM" pd 1 & 2 Nov 2011 (Sel-Rab) di Dewan Seri Melor, Anjung Hikmah, IPGK-Perempuan Melayu Melaka

Kursus Tafaqquh Fid Din bertajuk "TADBIR URUS ASET MENURUT PERSPEKTIF ISLAM" Anjuran Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) akan diadakan pd 1 & 2 Nov 2011 (Sel-Rab). Aturcara kursus tersebut ialah :
01 Nov 2011 (Sel)
08.00 -  08:30 pg  -  Pendafftaran Peserta
08.00 - 10:00  pg
Ucap Utama "Tadbir Urus Menurut Perspektif Islam "
Oleh : MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP - IPGK-PM
10:45 - 12:45 tgh
Slot 1 " Perbezaan Antara Hibah, Hadiah & Sedeqah "
Oleh :  US ABD MALEK BIN NORAKIT - IPGK-RAJA MELEWAR
02:30 - 04.30 ptg  
Slot 2 - " Sistem Faraid & Mawaris  Oleh :  US HJ MUFFIT BIN HJ AHMAD
02 Nov 2011 (Rab)
08.15 - 10:15 pg
Slot 3 - " Faraid & Wanita: Salah Tanggapan Masyarakat: US MOHAMAD ANUAR BIN HAYAN
IPGK-TUN HUSSEIN ONN
10:45 - 12:45 pg 
Slot 4 - " Keperluan & Prosedur Wasiat" - US SYAIROZI HASHIM (IPGK-RAJA MELEWAR)
TAMAT
                             

Monday, October 17, 2011

LPS - Kursus Perkaedahan Jawi

Kursus Perkaedahan Jawi akan diadakan pada butiran berikut :
Tarikh   :   20 - 21 Oktober 2011 (Khamis & Jumaat)
Tempat :   Dewan Seri Melor, Anjung Hikmah, IPGK-PM.
Masa    :   8:00 pagi - 5:00 petang

Mesyuarat MPPP Bil 08/2011