Friday, December 21, 2012

Acara Simbolik Menandakan Berakhirnya Interaksi KDC selama Seminggu 17-21 Disember 2012 Program DPLI SR LPBS j-QAF Amb Disember 2012


Majlis Penutupan Interaksi KDC DPLI j-QAF Amb Dis 2012 bersama Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Guru Pelatih DPLI j-QAF,
Maklumat spesifik bagi majlis penutup tersebut ialah :
Tarikh : 21.12.2012 ( Jumaat )
Masa  :  4:45 - 5.30 petang
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Anda dikehendaki hadir ke Majlis Penutupan tersebut sebaik sahaja interaksi terakhir berakhir pada jam 4.30 petang .
Sekian dimaklumkan.
JAPIM 2012

Thursday, December 20, 2012

Semakan Penempatan Sekolah DPLI SR LPBS j-QAF Ambilan Khas Disember 2012

Semua Guru-Guru Pelatih DPLI j-QAF Amb Dis 2012,
Anda boleh membuat semakan penempatan tersebut di sini PENEMPATAN DPLI SR j-QAF atau download dari sebelah kiri blog.
Data diperolehi dari JHEP IPGK-PM hari ini.
Sekian dimaklumkan.
JAPIM 2012

Wednesday, December 19, 2012

Minggu Orientasi Sekolah ( MOS ) utk DPLI j-QAF

Kepada Guru-guru Pelatih DPLI j-QAF Amb Dis 2012
Sila download MOS ini untuk anda menjalankan tugasan Minggu Orientasi Sekolah selama 2 minggu sebelum anda memulakan proses P&P di bilik darjah. Hari Jumaat 21.12.2012 di dalam Majlis Penutupan akan diberi penjelasan lebih lanjut.
Download MOS di sini. atau di bahagian kiri blog.

Garis Panduan Guru DPLI SR j-QAF Amb Dis 2012 Dan Minggu Orientasi Sekolah (MOS)


(1)- Minggu Orientasi Sekolah (MOS) selama SATU MINGGU pada minggu pertama pelajar ditempatkan disekolah. klik tugasan MOS di kiri blog.
(2)- Selepas itu, Guru j-QAF dalam latihan hendaklah diberi jadual waktu mengajar.
(3)- Jumlah jam mengajar untuk guru j-QAF dalam latihan ialah 25 waktu merangkumi major dan minor.
(4)- Mengajar tahun yang melibatkan KBSR / KSSR
(5)- Perlu ada guru pembimbing kepada Guru j-QAF dalam latihan yang dilantik oleh sekolah.
(6)- Tugasan MOS perlu disimpan dalam portfolio.
(7)- Tugasan MOS ini hendaklah dimasukkan ke dalam Portfolio Praktikum Pelajar.

Monday, December 17, 2012

Jadual Waktu Interaksi KDC Dis 2012 bagi DPLI j-QAF Amb Dis 2012

Jadual Waktu Mengajar dan Surat Perlantikan Tenaga Pengajar bagi interaksi KDC bulan Disember 2012 DPLI j-QAF Ambilan Disember 2012 boleh didownload di sebelah kiri blog.
Sekian dimaklumkan.
JAPIM 2012

Selamat Datang kepada Guru-Guru Pelatih DPLI SR LPBS j-QAF Ambilan Disember 2012

JAPIM  mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan Guru-guru pelatih DPLI j-QAF yang baharu sahaja mendaftarkan diri pada hari ini 17.12.2012 (Isnin). Bermula esok anda semua dikehendaki hadir interaksi KDC bagi Disember 2012 bermula 18.12.2012 ( Selasa ) sehingga 21.12.2012 ( Jumaat ). Majlis penutupan bersama Puan Pengarah IPGK-PM akan diadakan pada hari Jumaat sebaik sahaja tamat interaksi iaitu pada jam 4.30 petang di Dewan Tun Fatimah.
JAPIM 2012