Friday, February 17, 2012

Perhatian kpd Guru Pelatih KPLI SR j-QAF Ambilan Jan 2012 yang ditempatkan di Negeri Sabah (15 Orang)

Samada anda akan menjalani interaksi KDC pada 12 Mac 2012 di IPG Kampus Perempuan Melayu atau di IPG di Sabah masih belum diputuskan secara muktamad. Sehubungan itu, anda diminta supaya jangan membeli tiket kapalterbang sehingga maklumat terkini diperolehi.

MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP
JAPIM 2012

Perhimpunan Rasmi IPGK-PM Bil 02/2012 & Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat IPGK-PM pada 16.2.2012 (Khamis) - JAPIM & JSN Pengerusi Bersama Dibantu oleh JHEP.



Thursday, February 16, 2012

Garis Panduan Guru KPLI SR j-QAF Ambilan Jan 2012 yang sedang mengikuti Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

(1)- Minggu Orientasi Sekolah (MOS) selama 2 minggu. klik tugasan MOS di sini - MOS j-QAF
(2)- Selepas itu, Guru j-QAF dalam latihan hendaklah diberi jadual waktu mengajar.
(3)- Jumlah jam mengajar untuk guru j-QAF dalam latihan ialah 25 waktu merangkumi major dan minor.
(4)- Digalakkan mengajar tahun 1 KSSR
(5)- Perlu ada guru pembimbing kepada Guru j-QAF dalam latihan yang dilantik oleh sekolah.
(6)- Tugasan MOS hendaklah dihantar pada interaksi pertama KDC pada 12.3.2012 nanti.

Maklumat lanjutan akan disampaikan dari semasa ke semasa.
MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP
JAPIM 2012

Thursday, February 2, 2012

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu KPLI SR j-QAF Ambilan Jan 2012 Bersama JAPIM pada 7 - 9 Feb 2012 di DTF

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), akan mengadakan minggu pengurusan pelajar baru KPLI SR j-QAF Mod LPBS ambilan Januari 2012 bermula dari 7 Februari 2012 hingga 9 Februari 2012 jam 8:00 pagi hingga 5:00 ptg di Dewan Tun Fatimah. Sehubungan itu, semua pelajar DIWAJIBKAN hadir ke program tersebut.
Untuk mengetahui tentatif program tersebut, sila klik di sini utk download
MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP
JAPIM 2012