Tuesday, August 24, 2010

Majlis Iftar Jama'i & Khatam Al-Quran Peringkat IPGK-PM pada 26.8.2010 (Khamis) / 16 Ramadhan 1432H

Semua warga IPGK-PM dijemput hadir ke majlis Iftar Jama'i ( Berbuka Puasa ) & Khatam Al-Quran pada ketentuan berikut :

Tarikh   : 16 Ramadhan 1431H / 26.8.2010
Hari      :  Khamis
Tempat : Balai Islam syaidatina 'Aisyah ( BISA )

Aturcara :
7:19 pm   -   Majlis Berbuka Puasa
7:45 pm   -   Solat Maghrib
8:00 pm   -   Ceramah oleh Al-Ustaz Faisol Bin Sheikh Ahmad
8:30 pm   -   Solat Isya' / Terawih / Witir
9:15 pm   -   Majlis Khatam Al-Quran
9:30 pm   -   Ucapan Pengerusi JK BISA
9:40 pm   -   Ucapan Penangguhan oleh Pengarah IPGK-PM
9:50 pm   -   Tayangan Video Ihya' Ramadhan IPGK-PM
10:00pm  -   Bersurai

Tuan / Puan dijemput hadir. 

Monday, August 16, 2010

Tahniah kepada Ustazah FATIMAH BINTI MAAROFF kerana menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di atas perkhidmatannya yang cemerlang tahun 2009

Kami staf JAPIM seluruhnya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas khusus kepada Ustazah Fatimah Binti Maaroff yang telah dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Awam Cemerlang ( APC ) bagi tahun 2009. Anugerah disampaikan oleh Puan Pengarah dalam satu majlis gilang gemilang pagi hari ini 16.8.2010 (Isnin) jam 10:00 pagi di Dewan Serikandi, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Beliau menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang, hadiah iringan dan juga wang tunai RM1,000.00. Semoga dengan anugerah tersebut dapat memberi semangat kepada beliau dan rakan-rakan yang lain dalam mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan awam.

JAPIM 16.08.2010

Sunday, August 15, 2010

RAMADHAN BULAN AL-QURAN PENGHULU SEGALA BULAN


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
Dari :  Staf JAPIM.

Tuesday, August 10, 2010

Ustaz Zaimuddin Hussein menamatkan tugas sebagai Ketua Jabatan (KJ) JAPIM hari ini 10.08.2010

Ustaz Hj Zaimuddin Bin Hussein pada hari ini 10.08.2010 menamatkan tugasnya dengan jayanya sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka setelah berkhidmat lebih kurang 8 bulan sejak awal tahun ini. Beliau secara rasminya akan mula bertugas pada hari Khamis 12.08.2010 di tempat baru iaitu di IPG Induk Sektor Hal Ehwal Pelajar & Hubungan Luar. Majlis perpisahan di peringkat JAPIM telah diadakan semalam dan beliau telah memberikan sedikit taklimat kata-kata semangat dan peransang agar JAPIM terus maju. Kami semua staf JAPIM mendoakan agar Ustaz Zaimuddin terus maju jaya di tempat kerja baharu. Sehubungan dengan itu, tugas Ketua Jabatan akan dijalankan oleh Ustaz Mohd Rizuan Bin hj Abd Rasip sehingga pihak pentadbir IPGK-PM melantik seorang Ketua Jabatan JAPIM yang baharu.

Video Rumah SU JAPIM Ustaz Mohd Rizuan di Desa Duyung dilanda banjir jam 3.00 pagi 9.8.2010