Monday, March 26, 2012

Senarai Nama Petugas JK Kebajikan Program Induksi Pensyarah Fasa 1 2012 (Zon Selatan) pd 25 - 29 Mac 2012

25.3.2012 (Ahad) - Mohd Rizuan Hj Abd Rasip & Mohd Ariffin Bin Salleh
26.3.2012 (Isnin)  - Mohd Ariffin Bin Salleh & Mohd Rizuan Hj Abd Rasip
27.3.2012 (Selasa)- Mohd Rizuan Hj Abd Rasip / Mohd Ariffin Salleh / Hjh Fatimah Maaroff
28.3.2012 (Rabu) - Hjh Fatimah Bte Maaroff / Pn Sapiyah Md Rangga
29.3.2012 (Khamis)- Pn Sapiyah Bte Md Rangga / Pn Maimun Bte Aziz

Pn Hjh. Fatimah Bte Maaroff - Menjalankan Tugas Ketua Jabatan JAPIM pada 26 - 30 Mac 2012

Dimaklumkan bahawa saya MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP Ketua Jabatan JAPIM akan menghadiri mesyuarat Ketua Jabatan JAPIM IPGM di Hotel Grand Pasific KL pada 26 - 28 Mac 2012 dan seterusnya menghadiri kursus Learning Object di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban pada 28 - 30 Mac 2012. Sehubungan itu, tugas Ketua Jabatan dalam tempoh tersebut akan dijalankan oleh Pn. Hajjah FATIMAH BINTI MAAROF.
Sekian dimaklumkan.
MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP

Sunday, March 25, 2012

Pemulangan Bayaran Koperasi Utk Baju Batik (P) dan Track Suite (L&P)

Makluman kpd Guru Pelatih KPLI SR j-QAF Amb Jan 2012 
(Yang ditempatkan di Sabah) - Rujuk senarai nama di sini
Pihak koperasi akan memulangkan semula bayaran yang telah dibuat untuk baju batik (Perempuan Sahaja) dan juga Track Suite (Lelaki & Perempuan) kerana anda telah pun berpindah ke IPG di Sabah. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi personal berikut :-
(1)- Pn Rozana Sahul Hamid - 0126132171
(2)- Pn Hjh Fatimah Bte Maaroff - 0123776746
Sekian dimaklumkan. JAPIM 2012.

Monday, March 19, 2012

Monday, March 12, 2012

Interaksi KDC Mac 2012 bermula hari ini - Selamat Berinteraksi

Interaksi KDC Mac 2012 bermula hari ini 12.3.2012 dan akan tamat pada 16.3.2012 ( Seminggu ) melibatkan unit-unit PGSR, KPLI SR j-QAF dan KDPM Kemas. Selamat berinteraksi dan semoga segalanya berjalan dengan baik. - JAPIM 2012

Thursday, March 8, 2012

Terkini : Skim SBPA Dimansukhkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan. Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati. "Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya. Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut: (1)- Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54. (2)- Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A. (3)-Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2. (4)- Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha. – 11:03AM Mac 8,2012 Malaysiakini.

Ucapan Tahniah Kepada Pn Maimun Binti Aziz Di atas Perlantikan Sebagai Pensyarah Cemerlang DG54

Seluruh warga IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dan khususnya JAPIM mengambil kesempatan keemasan ini untuk menzahirkan kegembiraan dan menyatakan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada  Pn Maimun Binti Aziz di atas perlantikan beliau sebagai PENSYARAH CEMERLANG DG54. Semoga kenaikan pangkat ini menjadi suntikan semangat kepada beliau untuk meneruskan kegemilangan. 

JAPIM 2012

Monday, March 5, 2012

Cara Download Sukatan & Modul KPLI SR j-QAF Amb Jan 2012

Ramai yang memaklumkan bahawa mereka susah nak download bahan berkaitan sukatan & modul KPLI SR j-QAF Amb Jan 2012 untuk interaksi KDC 12 Mac 2012 akan datang. Sebenarnya caranya mudah sahaja seperti berikut :
1- Klik pada Sukatan & Modul KPLI j-QAF di sini dan akan terus ke website www.4shared.com.
2- Klik pada Muat Turun.
3- Tunggu kiraan saat selesai dan paparan Muat Turun Fail Sekarang akan kelihatan
4- Klik pada Muat Turun Fail Sekarang
5- Maka downloading bermula.