Wednesday, December 28, 2011

Kalender Akademik Program Pensiswazahan Guru (PPG) Sem 1&2 2012

Kepada Semua student PPG Amb Jun 2011,
Anda boleh muat turun kalender tersebut dengan mengklik tajuk posting di atas.
Interaksi Pertama akan bermula pada 7.1.2012 (Sabtu).
Keputusan peperiksaan PPG masih belum dikeluarkan sehingga dimaklumkan oleh Unit Peperiksaan.
JAPIM 2012

Monday, December 26, 2011

Jadual Waktu Induk IPGK-PM Sem 1 Tahun 2012

Klik pada tajuk di atas untuk download. Syukran Jazilan - MRA2012.

Sunday, December 11, 2011

Terkini : Sistem Baru Perkhidmatan Awam

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011
PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) BAGI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN.
Untuk download bahan SBPA tersebut, klik pada tajuk besar di atas atau download dari sisi kiri blog ini.
JAPIM2011

Monday, November 28, 2011

Berita Dunia : Parti Islam Memenangi Pilihanraya Parlimen Morocco Buat Pertama Kalinya Dlm Sejarah

Parti Islam Maghribi iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan  / حِزْبُ الْعَدَالَةِ وَالتَّنْمِيَّةِ الْمَغْرِبِيّ mengatakan pihaknya telah memenangi jumlah terbesar kerusi dalam pemilihan parlimen Morocco pada hari Jumaat lalu (25/11/2011). "Berdasarkan laporan yang disampaikan oleh perwakilan kami di seluruh negeri, kami adalah pemenang. Kami memenangi pilihan raya di Rabat, Casablanca, Tangier, Kenitra, Dijual, Beni dan Sidi Ifni Mellal dan beberapa tempat lainnya," Lahcen Daodi, orang kedua dalam jajaran tokoh utama parti Islamik moderat Morocco mengatakan kepada Reuters. "Parti kami telah memenangi jumlah kerusi tertinggi," tambahnya. عبد الاله بنكيران (gambar dlm video yg ditemuramah wartawan) dijangka akan dilantik untuk mengetuai kerajaan baru. Ini adalah parti Islam kedua memenangi pilihanraya di Negara-negara Afrika Utara yang dilanda kebangkitan. Sebelum ini parti Islam An-Nahdah memenangi pilihanraya Tunisia di bawah pimpinan Al-Ghannusyi. Maklumat lanjut sila layari hespress.com.


Wednesday, November 16, 2011

Bahan Tazkirah bertajuk " SIAPA YAHUDI " oleh En. Bkhtiar Hj Abd Wahab dari Jabatan Sains IPGK-PM

Klik pada tajuk posting di atas untuk download bahan tazkirah bertajuk " SIAPA YAHUDI " yang telah disampaikan oleh En Bkhtiar Bin Hj Abd Wahab pada tarikh 11.11.11 hari Jumaat jam 7:30pg - 8:00am di Dewan Seri Melor, Anjung Hikmah, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Semoga bahan tazkirah tersebut memberi manfaat kepada semua. JAPIM mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ilmu tersebut.
JAPIM 2011.

Saturday, November 12, 2011

Interaksi KDC Nov Dis 2011 akan bermula pada 21.11.2011 (Isnin)

Tempoh Interaksi adalah seperti berikut :
(1)- KEMAS Amb Mei 2008  ( 21.11.2011 hingga 23.12.2011 termasuk Pep Peringkat 5 )
(2)- KEMAS Amb Mei 2009  ( 21.11.2011 hingga 10.12.2011 termasuk Pep Peringkat 3 )
(3)- KPLI j-QAF Amb Jan 2011 ( 21.11.2011 hingga 13.12.2011 )
(4)- KPLI PK Amb Nov 2010 ( 21.11.2011 hingga 1.12.2011 )
(5)- PGSR Amb 2008 & 2009 (21.11.2011 -    )
J/Waktu akan dikeluarkan tidak lama lagi. Layari Portal IPPM atau Blog JAPIM.
Sekian dimaklumkan.
JAPIM 2011

Tuesday, November 8, 2011

Gambar-gambar disekitar Program Qurban Perdana Peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka pada 8.11.2011 (Selasa) di balai Islam Saidatina Aisyah








Program Qurban Perdana Peringkat IPGK-PM diadakan pada 8.11.2011 (Selasa) / 12 Dzulhijjah 1432H di Balai Islam Saidatina Aisyah (BISA)



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seluruh Warga IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka,
Program Qurban tersebut anjuran BADAR IPGK-PM diadakan pada hari Selasa 12 Dzulhijjah 1432H bersamaan 8.11.2011 bermula jam 8:00 pagi di BISA. Sebanyak 2 ekor lembu dan seekor kerbau akan disembelih kerana qurban untuk beribadah kepada Allah dan sebagai menghidupkan syariat nabi Ibrahim A.S. dan kemudian pensyariatan qurban ini diteruskan kepada nabi Muhammad S.A.W. Semoga Qurban kita diterima oleh Allah Taala.
Tuan-tuan & Puan-puan dijemput hadir.

Sunday, November 6, 2011

SELAMAT HARIRAYA AIDIL ADHA 1432H

JAPIM mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat dimana jua mereka berada " SELAMAT HARIRAYA AIDIL ADHA " tanggal 10 Dzulhijjah 1432H bersamaan 6.11.2011 (Ahad). Semoga Eidul Adha dapat menyemarakkan lagi semangat untuk terus berjuang dan berkorban untuk Islam lebih-lebih lagi apabila Islam dan Umat Islam tidak henti-henti dicabar pada hari ini di atas nama perjuangan hak asasi manusia tetapi sebenarnya satu usaha terancang untuk menghancurkan umat Islam. Banyak contoh-contohnya.

Thursday, November 3, 2011

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Utk Al-Marhumah Pn Noryani Ahmad pada 4.11.2011(Jum) jam 7:30 pagi di Dewan Seri Melor, IPGK-PM - Tazkirah Ditangguhkan Ke Minggu Hadapan

Kepada semua Staf IPGK-PM (Pensyarah & Bukan Pensyarah)
Tuan-tuan/Puan-puan dijemput untuk menghadiri majlis yang tersebut di atas. Kehadiran tuan/puan akan menambahkan lagi ikatan ukhuwah Islamiah diantara kita dan semoga Ruh Al-Marhumah sentiasa dicucuri rahmat Ilahi.
JAPIM 2011

Sunday, October 30, 2011

Sekalung Tahniah kepada Pn. Maimun Binti Aziz - Memangku Jawatan Timbalan Pengarah IPGK-PM

JAPIM mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pn. Maimun Binti Aziz Pensyarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) kerana telah dipilih untuk memangku jawatan Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka yang telah dikosongkan oleh mantan Timbalan Pengarah Datin Hjh Siti Hanifah binti Madarsa pada 7.10.2011 lalu yang kini menjadi Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu. Semoga amanah tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. 

Tuesday, October 25, 2011

Tarikh Peperiksaan PPG yang baharu ialah 19 & 20 November 2011

Kepada Semua Student PPG Amb Jun 2011,
JAPIM mendapat confirmation dari Unit Peperiksaan bahawa peperiksaan PPG telah dipinda ke tarikh berikut :
19 November 2011 (Sabtu) dan 20 November 2011 (Ahad).
Sekian dimaklumkan.
MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP
Ketua Jabatan JAPIM

Monday, October 24, 2011

Ucapan Takziah kpd En Mohd Nasarudin Ghazali ( KU Pusat Sumber )

JAPIM merakamkan ucapan TAKZIAH kepada En. Mohd Nasarudin Ghazali ( Ketua Unit Pusat Sumber ) di atas kembali isterinya yang dikasihi Al-Marhumah Pn Noryani Ahmad juga pensyarah IPGK-PM ke pangkuan Ar-Rahman pada hari Ahad jam 8:40 malam 23.10.2011 / 25 Zulqaedah 1432H.  Jenazah Al-Marhumah dikebumikan pada pagi hari Isnin di Serom 8, Ledang, Johor. Semoga Allah mengampuni segala dosanya dan dihimpunkan dalam kumpulan hamba-hamba yang salih dan salihah. - AL-FATIHAH.

Saturday, October 22, 2011

Kursus Tafaqquh Fid Din "TADBIR URUS ASET MENURUT PERSPEKTIF ISLAM" pd 1 & 2 Nov 2011 (Sel-Rab) di Dewan Seri Melor, Anjung Hikmah, IPGK-Perempuan Melayu Melaka

Kursus Tafaqquh Fid Din bertajuk "TADBIR URUS ASET MENURUT PERSPEKTIF ISLAM" Anjuran Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) akan diadakan pd 1 & 2 Nov 2011 (Sel-Rab). Aturcara kursus tersebut ialah :
01 Nov 2011 (Sel)
08.00 -  08:30 pg  -  Pendafftaran Peserta
08.00 - 10:00  pg
Ucap Utama "Tadbir Urus Menurut Perspektif Islam "
Oleh : MOHD RIZUAN HJ ABD RASIP - IPGK-PM
10:45 - 12:45 tgh
Slot 1 " Perbezaan Antara Hibah, Hadiah & Sedeqah "
Oleh :  US ABD MALEK BIN NORAKIT - IPGK-RAJA MELEWAR
02:30 - 04.30 ptg  
Slot 2 - " Sistem Faraid & Mawaris  Oleh :  US HJ MUFFIT BIN HJ AHMAD
02 Nov 2011 (Rab)
08.15 - 10:15 pg
Slot 3 - " Faraid & Wanita: Salah Tanggapan Masyarakat: US MOHAMAD ANUAR BIN HAYAN
IPGK-TUN HUSSEIN ONN
10:45 - 12:45 pg 
Slot 4 - " Keperluan & Prosedur Wasiat" - US SYAIROZI HASHIM (IPGK-RAJA MELEWAR)
TAMAT
                             

Monday, October 17, 2011

LPS - Kursus Perkaedahan Jawi

Kursus Perkaedahan Jawi akan diadakan pada butiran berikut :
Tarikh   :   20 - 21 Oktober 2011 (Khamis & Jumaat)
Tempat :   Dewan Seri Melor, Anjung Hikmah, IPGK-PM.
Masa    :   8:00 pagi - 5:00 petang

Mesyuarat MPPP Bil 08/2011

Monday, August 1, 2011

Seminar Penghayatan Al-Quran jam 8:00 pagi hingga 12:45 tgh di Dewan Serikandi.




SEMINAR PENGHAYATAN AL-QURAN
CERAMAH & FORUM
“ AL-QURAN DAN PENDIDIKAN GURU “
Prof Madya Datuk Hj Yusof Bin Othman – UKM
Dr Adnan Bin Mohd Yusoff – USIM
Ustaz Mat Nawi Bin Mat Jusoh – IPGK-PM

TARIKH :  6.8.2011 (SABTU) / 6 RAMADHAN 1432H
TEMPAT : DEWAN SERIKANDI IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
Bayaran Pendaftaran : RM10.00

Tuan/ Puan dijemput hadir

 

Monday, July 11, 2011

Tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) Tamadun Islam & Asia (TITAS) untuk PPG - Klik pd tajuk ini untuk download.

Kepada Semua Pelajar PPG Ambilan Jun 2011,
(Unit Matematik / Pend Islam / Sains / Pra Sekolah / Muzik / B.Melayu / Pend Khas / B.Inggeris)
(1)- Tugasan KKP TITAS.
Anda dikehendaki menyempurnakan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran TITAS (WAJ 3101) mengikut arahan sebagaimana yang tercatat dalam tugasan.Sebarang kemusykilan boleh menghubungi pensyarah masing-masing.
(2)- Buku Rujukan TITAS
Semua pelajar PPG Amb Jun 2011 DIWAJIBKAN membeli buku teks TITAS yang berharga RM25 senaskhah yang boleh diperolehi daripada pensyarah masing-masing pada interaksi 30 Julai 2011 akan datang.

Sekian sahaja dimaklumkan untuk tindakan tuan/puan.
JAPIM 2011