Saturday, December 12, 2009

Tahniah! ... KJ JAPIM akan menyambung pelajaran ke peringkat Phd bermula 22.12.2009 ini di UKM.

Kami seluruh warga JAPIM dan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka seluruhnya mengucapkan tahniah kepada Ustaz Mat Nawi Bin Mat Jusoh ( Ketua Jabatan JAPIM ) yang akan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Kedoktoran (Phd) dalam bidang bahasa Arab di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan biasiswa penuh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 22 Disember 2009 ini. Beliau yang memulakan tugas di Institut ini pada 16 Mac 2006 sebagai pensyarah bahasa Arab di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( JAPIM ) telah memberikan sumbangan dan komitmen yang tinggi dalam pendidikan. Semoga beliau terus berjaya & semoga kembali lagi ke sini.

( Gambar Ustaz Mat Nawi ( berkaca mata dan bersongkok hitam ) bersama dengan En. Abu Bakar Miskon dan sekumpulan guru-guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka )



No comments:

Post a Comment