Wednesday, July 22, 2009

Panduan Solat Gerhana

Solat Gerhana
Solat sunat Gerhana ialah solat pada waktu terjadi gerhana matahari ( Kusuuf As-Syams ) atau gerhana bulan ( Khusuuf Al-Qamar ) separa atau penuh .
Waktunya :
Dari terjadi gerhana hingga selesai.
Lafaz Niat solat Gerhana :
(1)- Gerhana Matahari
" Usallii Sunnata Kusuufassyamsi ma'muuman Lillaahi Taala "
Sahaja aku sembahyang gerhana matahari mengikut imam kerana Allah Taala.
(2)- Gerhana Bulan
" Usallii Sunnata Khusuufal Qamari ma'muuman Lillaahi Taala "
Sahaja aku sembahyang gerhana bulan mengikut imam kerana Allah Taala.
Cara Melaksanakannya
Sembahyang gerhana sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti sembahyang biasa dengan niat gerhana matahari atau bulan. Yang lebih afdhal hendaklah menambah satu rukuk pada tiap-tiap rakaat, yaitu sesudah bangkit dari rukuk dan membaca " samii'Allaahu liman hamidah ", dibaca lagi Fatihah dan surah. Sesudah itu rukuk lagi dan bangkit dari rukuk seperti biasa, lalu sujud 2 kali dan duduk antara dua sujud seperti biasa. Seterusnya pada rakaat yang kedua diperbuat demikian juga.
Bacaan Fatihah dan Surah pada gerhana bulan dikuatkan dan pada sembahyang Gerhana Matahari diperlahankan.
Jika ia dikerjakan berjamaah sunat membaca 2 khutbah kemudiannya.

No comments:

Post a Comment