Saturday, March 27, 2010

Selamat Datang kepada Ustaz Mohd Bakri Bin Abd Aziz - Pensyarah Baru JAPIM

Selamat datang kepada Al-Ustaz Mohd Bakri Bin Abd Aziz yang telah melaporkan diri di Institut ini sebagai Pensyarah JAPIM  pada 24.3.2010 selang beberapa hari kehadiran Ustaz Mohd Nasri Abdullah. Beliau seorang yang pakar dalam bidang bahasa Arab berkelulusan dari Universiti Jordan. Sebelum ini beliau berkhidmat di IPG KENT, Sabah dan melanjutkan pelajaran di peringkat SARJANA dalam bidang bahasa Arab di UKM. Sebaik tamat pengajian, beliau ditempatkan di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Semoga kehadiran beliau dalam memperkukuhkan lagi pendidikan Islam & bahasa Arab di Institusi ini khasnya dan Malaysia amnya.

No comments:

Post a Comment