Sunday, October 30, 2011

Sekalung Tahniah kepada Pn. Maimun Binti Aziz - Memangku Jawatan Timbalan Pengarah IPGK-PM

JAPIM mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pn. Maimun Binti Aziz Pensyarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) kerana telah dipilih untuk memangku jawatan Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka yang telah dikosongkan oleh mantan Timbalan Pengarah Datin Hjh Siti Hanifah binti Madarsa pada 7.10.2011 lalu yang kini menjadi Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu. Semoga amanah tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. 

No comments:

Post a Comment