Friday, February 18, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka pada pagi ini 18.2.2011 (Jumaat) berjalan lancar

Sambutan Maulidur Rasul peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka pada hari ini telah dijalankan dalam suasana yang sangat ceria dan meriah. Perarakan pelajar dan para pensyarah mengiringi Puan Pengarah & Timbalan telah bermula seawal jam 7:30 pagi dengan setiap unit mempamerkan sepanduk-sepanduk dan berselawat memuju-muji Rasulullah S.A.W. Majlis di Dewan Serikandi bermula dengan bacaan berzanji oleh Nurul Syamim pelajar guru dari PISMP Pend Islam Sem 1 diikuti dengan ceramah oleh Al-Fadhil Ustaz Syairozi Bin Hashim, pensyarah dari IPG Kampus Raja Melewar. Majlis diakhiri dengan Yang Berbahgia Pengarah IPGK-PM Pn Hjh Noor Hayatee Bte Md Noor telah sudi menyampaikan hadiah kepada 5 unit yang mengungguli perbarisan dan sepanduk terbaik. JAPIM mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini khususnya pihak pentadbir, Penyelaras Program Pn Maimun Bte Aziz & En Wan Azman Wan Mahamud dan AJK Program sambutan Maulidur Rasul 1432H. Adapun gambar-gambar berkaitan, nanti kami akan perolehi dari JK Dokumentasi untuk diuploadkan beberapa gambar terbaik.
Sekian, Wassalam.

JAPIM 2011

No comments:

Post a Comment