Sunday, July 28, 2013

Makluman Program Iftar Jama'i & Khatam Quran Peringkat IPG kampus Perempuan Melayu Melaka.

Dimaklumkan kepada seluruh warga IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka bahawa Majlis tersebut akan diadakan pada 01 Ogos 2013 (Khamis) bersamaan dgn 23 Ramadhan 1434H di Balai Islam Saidatina Aisyah (BISA). Semua pelajar guru akan berkumpul pada jam 6:30 petang dan menunggu waktu berbuka. Selepas berbuka dan solat Maghrib, majlis Khatam Al-Quran akan dijalankan. Seterusnya solat Isyak dan Tarawih. Selepas itu ucapan Penyelaras Program & Pengarah IGKPM dan majlis penyampaian cenderahati dan sumbangan. Majlis ditamatkan dengan moreh. Pihak BADAR menjemput seluruh warga IPGKPM untuk bersama-sama hadir meraikan majlis tersebut. Sekian dimaklumkan. JAPIM 2013.

No comments:

Post a Comment