


Jabatan Pendidikan Islam & Moral IPG Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, 75990 Durian Daun,Melaka. Tel:062824827 (Pej)/ 062822300 (JAPIM). email : japimipgkpm2020@gmail.com - Pengendali Blog
Ustaz Zaimuddin Bin Hussin dari BPG dilantik menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) yang baru menggantikan Ustaz Mat Nawi Bin Mat Jusoh yang telah pun melanjutkan pelajaran ke UKM. Beliau adalah orang yang tidak asing bagi warga IPGKPM kerana pernah berkhidmat di Institut ini pada tahun 1995 hingga 2003. sesuai dengan nama "ZAIM" yang bermaksud Ketua beliau memulakan tugas dengan ungkapan yang menarik " BIASAKAN DENGAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA ". Kami seluruh warga JAPIM mengalu-alukan kedatangan beliau untuk memperkasakan lagi IPGKPM khasnya JAPIM.
Kami seluruh warga JAPIM dan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka seluruhnya mengucapkan tahniah kepada Ustaz Mat Nawi Bin Mat Jusoh ( Ketua Jabatan JAPIM ) yang akan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Kedoktoran (Phd) dalam bidang bahasa Arab di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan biasiswa penuh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 22 Disember 2009 ini. Beliau yang memulakan tugas di Institut ini pada 16 Mac 2006 sebagai pensyarah bahasa Arab di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( JAPIM ) telah memberikan sumbangan dan komitmen yang tinggi dalam pendidikan. Semoga beliau terus berjaya & semoga kembali lagi ke sini.———————————- KURSUS AKPK Online ———————————-- Kursus Literasi Kewangan Secara Dalam Talian AKPK - Hemah Bicara Hemah Belanja ———————————...