Thursday, December 31, 2009

Mesyuarat JAPIM 01/2010 30122009 (Rabu) 2:30pm dipengerusikan oleh KJ Baru & hadir sama mantan KJ Ustaz Nawi ...


Ustaz Zaimuddin Husin Ketua Jabatan JAPIM yang baru ... SELAMAT DATANG.

Ustaz Zaimuddin Bin Hussin dari BPG dilantik menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) yang baru menggantikan Ustaz Mat Nawi Bin Mat Jusoh yang telah pun melanjutkan pelajaran ke UKM. Beliau adalah orang yang tidak asing bagi warga IPGKPM kerana pernah berkhidmat di Institut ini pada tahun 1995 hingga 2003. sesuai dengan nama "ZAIM" yang bermaksud Ketua beliau memulakan tugas dengan ungkapan yang menarik " BIASAKAN DENGAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA ". Kami seluruh warga JAPIM mengalu-alukan kedatangan beliau untuk memperkasakan lagi IPGKPM khasnya JAPIM.
STAF JAPIM 2010.

KDPM JAIJ & KEMAS Amb Mei 2006 Tamat Pengajian di IPGKPM pada 24.12.2009 .. Tahniah.




Gambar kenang-kenangan Majlis Perpisahan KDPM KDC PLPS JAIJ Amb Mei 2006 yang telah diadakan di King Hotel, Ayer Keroh, Melaka pada 24.12.2009 (Khamis) jam 2:30 petang. Manakala gambar-gambar Majlis Perpisahan KDPM KDC PLPS KEMAS Amb Mei 2006 di Hotel Orkid pula tidak sempat untuk dirakamkan kerana kedua-dua majlis berjalan serentak. Walaubagaimana pun, kami warga JAPIM mengucapkan tahniah dan syabas kepada anda sekelian yang telah mengharungi 1001 macam pahit tetapi manis akhirnya.

Thursday, December 24, 2009

Interaksi KDC Nov-Dis 2009 Berakhir Hari Ini 24.12.2009.

JAPIM selaku penyelaras keseluruhan program Kursus Dalam Cuti (KDC) mengucapkan kepada anda semua dari unit (PGSR/j-QAF/PK/KEMAS,JAIJ & SABK) " Selamat kembali semula ke kampung halaman masing-masing " & "Selamat kembali semula ke sesi persekolahan 2010". Tahniah kerana telah berjaya mengikuti interaksi selama hampir sebulan bermula 23.11.2009 dan berjaya melaksanakan semua tugasan dengan baik. Semoga bertemu kembali pada interaksi berikutnya tahun depan.

JAPIM IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Friday, December 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431H " MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH" 01 MUHARRAM 1431H / 18 DISEMBER 2009M (JUMAAT)





Dengan Tema " MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH " kami warga JAPIM IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka mengucapkan kepada anda semua Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H.

Saturday, December 12, 2009

Tahniah! ... KJ JAPIM akan menyambung pelajaran ke peringkat Phd bermula 22.12.2009 ini di UKM.

Kami seluruh warga JAPIM dan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka seluruhnya mengucapkan tahniah kepada Ustaz Mat Nawi Bin Mat Jusoh ( Ketua Jabatan JAPIM ) yang akan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Kedoktoran (Phd) dalam bidang bahasa Arab di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan biasiswa penuh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 22 Disember 2009 ini. Beliau yang memulakan tugas di Institut ini pada 16 Mac 2006 sebagai pensyarah bahasa Arab di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( JAPIM ) telah memberikan sumbangan dan komitmen yang tinggi dalam pendidikan. Semoga beliau terus berjaya & semoga kembali lagi ke sini.

( Gambar Ustaz Mat Nawi ( berkaca mata dan bersongkok hitam ) bersama dengan En. Abu Bakar Miskon dan sekumpulan guru-guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka )