Tuesday, August 10, 2010

Ustaz Zaimuddin Hussein menamatkan tugas sebagai Ketua Jabatan (KJ) JAPIM hari ini 10.08.2010

Ustaz Hj Zaimuddin Bin Hussein pada hari ini 10.08.2010 menamatkan tugasnya dengan jayanya sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka setelah berkhidmat lebih kurang 8 bulan sejak awal tahun ini. Beliau secara rasminya akan mula bertugas pada hari Khamis 12.08.2010 di tempat baru iaitu di IPG Induk Sektor Hal Ehwal Pelajar & Hubungan Luar. Majlis perpisahan di peringkat JAPIM telah diadakan semalam dan beliau telah memberikan sedikit taklimat kata-kata semangat dan peransang agar JAPIM terus maju. Kami semua staf JAPIM mendoakan agar Ustaz Zaimuddin terus maju jaya di tempat kerja baharu. Sehubungan dengan itu, tugas Ketua Jabatan akan dijalankan oleh Ustaz Mohd Rizuan Bin hj Abd Rasip sehingga pihak pentadbir IPGK-PM melantik seorang Ketua Jabatan JAPIM yang baharu.

1 comment:

Lukisan Alam said...

salam..
all da best kepada utz zaim...
jgn luper kmi disini..
lumrah khidupn bila bertemu pasti berpisah

Post a Comment