Monday, August 16, 2010

Tahniah kepada Ustazah FATIMAH BINTI MAAROFF kerana menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di atas perkhidmatannya yang cemerlang tahun 2009

Kami staf JAPIM seluruhnya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas khusus kepada Ustazah Fatimah Binti Maaroff yang telah dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Awam Cemerlang ( APC ) bagi tahun 2009. Anugerah disampaikan oleh Puan Pengarah dalam satu majlis gilang gemilang pagi hari ini 16.8.2010 (Isnin) jam 10:00 pagi di Dewan Serikandi, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Beliau menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang, hadiah iringan dan juga wang tunai RM1,000.00. Semoga dengan anugerah tersebut dapat memberi semangat kepada beliau dan rakan-rakan yang lain dalam mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan awam.

JAPIM 16.08.2010

No comments:

Post a Comment